Total Pageviews

Wednesday, February 16, 2011

Korang Tahu Tak - Tahu Apekahh??

Hahaha..entri kali ni agak best. Tak tawula bagi korang camne kan..bagi manusia yang masih ade sifat humour tu mesti akan rasa best entri ni. Yang takde tu korang boleh berlatih buat lawak sendiri kat depan cermin ye. Sebenarnye aku dapat semua mende-mende alah ni dari sedara aku. Dia cakap die jumpa semua ni dalam beg sekolah anak die yang baru darjah 3. Ooo..baru aku tawu sekarang ni KERA JAAN dah mula terapkan satu lagi subjek iaitu 'Pendidikan Lawak'...cam lawak je aku dengar nama subjek ni..wakaka.Dah jom kite terjah bawah terus..CEKIDAUD!!

1. Korang Tahu Tak - dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Korang Tahu Tak -  bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

4. Korang Tahu Tak -  Persatuan Cintai Hidupan Liar diasaskan oleh Richard Martin dari Ireland pada tahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan khas buat pemain, peminat serta persatuan2 bolasepak amnya pula dinyanyikan oleh Ricky Martin.

5. Korang Tahu Tak - hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan Sepanyol. ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa jika ada perwakilan yang menggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat. (bahasa yang ke tujuh hanya biasa digunakan room dot dot dot)

6. Korang Tahu Tak - kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

7. Korang Tahu Tak - magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang berani yang diupah untuk menarik kereta bukanlah orang magnet.

8. Korang Tahu Tak - cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

9. Korang Tahu Tak - burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamat dan GPS nye yang tersendiri sebenarnya.

10. Korang Tahu tak - bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Korang Tahu Tak - gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Korang Tahu Tak - orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia tetapi masih memiliki nafsu seperti orang lain ialah Orang Utan.

13. Korang Tahu Tak - antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

14. Korang Tahu Tak - ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

15. Korang Tahu Tak - ....... korang tawu tak.......... eh korang tawu ke tak ni..........
walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.

Actually aku ade banyak lagi yang nak kongsi ngan korang2 semua pasal edisi 'Korang Tahu Tak' ni...sbab aku tahu korang dah xsabar2 nak baca an. Tapi jangan risau, 'Korang Tahu Tak 2' akan menyusul kemudian dalam entri-entri yang akan datang. Korang enjoy tak? haha jangan salah phm lak, tu bukan nama tajuk k. Aku memang tanya btol2 ni..korang enjoy ke tak? wakakaakaka..

                                                              Korang Tahu Tak - [ Edisi ke-2 ]>>>


Lagi Menarik [::::-

2 comments: