Total Pageviews

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #1





Thursday, August 11, 2011

Gadis Melayu Tipikal di Bulan Puasa

Assalamualaikum semua..
First of all kite nak wish
Selamat Berpuasa kepada semua muslimin and muslimat.
(dh nak habis pose baru tringat nak wish**)

Sebenarnya dah lama perasan mende alah ni..
tapi sebelum ni takde blog, so pendam jela dalam hati
sekarang dah ade blog, boleh la tulis ikut suka hati

gadis melayu tipikal
semakin ketara time bulan pose
nak dengor citer?

ha cer kabor..cer kabor

al-kisah la sekelompok gadis melayu
penampilan mereka sangat cantik
fesyen memang uptodate lah

rambut ikal mayang, kerinting, rebonding sume ade
lembut mengurai perang, kuning, merah..warna pelangi pon ade
indahnye ciptaan tuhan

tapi muncul je bulan ramadhan
tiba-tiba je sekelompok gadis melayu tadi
semuanya dah mula bertudung

dorang dah dapat hidayah dari tuhan ke
alhamdulillah masing-masing dah berubah
sejuk mata memandang kite pun

bertudung di bulan ramadhan
satu perubahan yang baik
sebab mereka pandai menghormati bulan mulia ni
pujian untuk mereka












tapi iman korang bukan terletak pada
fesyen tudung macam WARDINA
warna warni macam MARIA ELENA
berlapis-lapis sampai tak nampak rupa macam FATIN LIYANA

bila dah nak dekat raya
gadis-gadis melayu tadi berpusu-pusu
mana la dorang nak pegi tu

owh lepak saloon...ke pulak
cuci rambut, warna rambut, buat rambut
bukan ape..time raya nanti takkan la nk pakai tudung lagi
bulan pose kan dah habis
hari raya nanti hari untuk bergaya pulak

inilah dipanggil GADIS MELAYU TIPIKAL
kan bagus law bulan-bulan lain pon pakai tudung
kenapela mesti bulan pose je..

bulan-bulan lain SWITCH OFF
masuk je bulan pose SWITCH ON
pastu SWITCH OFF semula

pakai tudung tu biarlah
bukan sebab fesyen
bukan sebab budaya
bukan sebab kawan-kawan
bukan sebab family
bukan sebab bulan pose..

tapi biarlah kerana hukumnya wajib
dan yang paling utama
biarlah kerana ALLAH

Tuesday, May 3, 2011

Konspirasi Dunia : Tsunami Jepun Sebenarnya Disebabkan oleh (HAARP)

Seperti yang kita tahu pada 11 Mac lalu satu bencana alam yang buruk telah berlaku di negara Jepun. Peristiwa yang bermula dengan gempa bumi sekali gus mencetuskan gelombang tsunami yang sangat besar. 


Ya memang sebelum ini seringkali kita dengar Jepun pernah dilanda bencana beberapa kali seperti ini. Maka dengan itu pada awalnya seluruh dunia beranggapan bahawa bencana alam tersebut berlaku adalah disebabkan faktor-faktor semula jadi sama seperti yang lepas-lepas.

Tapi tahukah anda ada pihak yang bijak mengambil kesempatan ini untuk mengaburi mata dunia? Sehinggakan pada mulanya tiada siapa yang sedar bahawa itu hanyalah serangan tersembunyi dari pihak mereka. 

JEPUN DISERANG???

Sebenarnya gempa bumi yang berlaku di Jepun bukanlah disebabkan faktor semula jadi tetapi ianya disebabkan oleh HAARP. Serangan yang hampir-hampir 'menutup' mata dunia. 

High-frequency Active Aural Reasearch Program (HAARP) adalah satu jenis senjata rahsia yang dibangunkan oleh pihak-pihak yang tertentu. Saintifik membuktikan bahawa HAARP  mempunyai kemampuan untuk menukar atau mengubah cuaca sekaligus berpotensi untuk mencetuskan banjir, gempa bumi, kemarau serta angin taufan. 
<anda boleh cari maklumat selanjutnya mengenai HAARP di google>



Keadaan langit akan berubah dan menjadi aneh apabila HAARP dilancarkan ke ruang udara. Serta memberikan kesan yang buruk terhadap cuaca di tempat yang dilancarkan.


Persoalannya kini siapakah dalang di sebalik serangan halus ini? Ini adalah salah satu muslihat peperangan yang paling kotor pernah berlaku. Anda mungkin dapat mengagak angkara siapa si durjana yang membuat onar ini. Negara yang sentiasa mencabuli polisinya sendiri, berlagak sebagai hero untuk membantu negara-negara yang sedang mengalami konflik di dalam negara mereka. 

 Oh mungkin saya ada tertinggal seperkara lagi di sini iaitu fungsi HAARP dilancarkan. Ia sudah semestinya dilancarkan oleh negara yang berkuasa dengan tujuan untuk memberi tekanan kepada pihak musuh dari segala sudut. Contohnya, kesihatan, ekonomi, pembangunan serta politik. Hal-hal yang demikian dapat melumpuhkan sesebuah negara dalam masa yang singkat.

Tapi adakah mereka sebenarnya yang menjadi dalang kepada serangan terhadap Jepun ini? Mungkin ya dan mungkin tidak sama sekali. Di sini akan saya selitkan sedikit maklumat yang saya perolehi dari satu artikel di internet.

WEAPONS OF THE NEW WORLD ORDER

HAARP is part of the weapons arsenal of the New World Order under the Strategic Defense Initiative (SDI). From military command points in the US, entire national economies could potentially be destabilized through climatic manipulations. More importantly, the latter can be implemented without the knowledge of the enemy, at minimal cost and without engaging military personnel and equipment as in a conventional war. The use of HAARP-if it were to be applied-could have potentially devastating impacts on the World's climate.


TUMPUKAN pada tulisan yang berwarna merah. New World Order?? (natang bondonyo tu..pokcik tak tawu lah)

Saya tidak akan membuat apa-apa ulasan mengenai apa itu 'New World Order (NWO)'. Tetapi saya ingin kita sama-sama mencari maksud di sebalik NWO ini. Yang pastinya ia bukan lah suatu benda yang remeh untuk kita ambil mudah perkara ini.  Apa yang dimaksudkan dengan konspirasi dunia seperti tajuk di atas?

Kisahnya ada di sebalik link ini. Klik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai konspirasi NWO.




Hasil coretan sepenuhnya oleh Scha Putra.


Friday, April 29, 2011

Bila Kepercayaan Dihancurkan..Kecewa Tak??

Assalamualaikum dan salam sejahtera la saya ucapkan. Ok this time i would love to talk about KEPERCAYAAN. Ape yang dimaksudkan dengan kepercayaan ni? Antara maksud-maksud yang dipetik daripada kamus dewan ialah :

  • sesuatu yang dipercayai (diyakini, diterima sbg benar dll)
  • keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) org
  • boleh dipercayai, amanah (jujur dll)
  • orang yang dipercayai (diamanahkan sesuatu)

Berbalik pada tajuk kat atas tu, korang pernah rasa kecewa tak bile someone yang korang trust tu hancurkan kepercayaan yg korang beri. Ade ke orang seronok bile jadi camtu, ade..sape kata takde.. orang tak siuman je yg seronok. HAHA

Di mana timbulnya kepercayaan ni..semuanye bermula dengan sebuah perkenalan. Kalau tak kenal camne kita boleh percayakan die ye tak. Daripada perkenalan diteruskan dengan suatu perhubungan..selanjutnye perkongsian. Kita akan mula mempercayai seseorang tu bila kita mula berkongsi ape sahaja tentang diri kita. Dan bile sesuatu hubungan tu jadi bertambah erat, bertambah rapat maka secara tak langsung tahap kepercayaan kite terhadap seseorang tu pun akan meningkat. 

Situasi ini selalu terjadi dalam hubungan sepasang kekasih. Siapa yang tak percayakan pada kekasih sendiri? Malah ada gak letakkan kepercayaan yang terlalu tinggi pada kekasih masing-masing. Keyakinan yang buat kita percaya kat die sebab  kat mata kita, dia lah yang paling jujur dalam hidup kita.  Tapi apa yg korang rasa bila kepercayaan tu dihancurkan dengan mudah sekali? Mungkin korang diduakan, cinta korang dikhianati, mulut manis hati penuh duri..

Dalam persahabatan pun kena ada kepercayaan jugak. Bila hubungan persahabatan dah semakin erat, semakin banyak hal-hal dan cerita yang dikongsi bersama,  dengan secara tak langsungnya tahap kepercayaan kita kepada sahabat semakin tinggi. Sehinggakan ada yang sanggup berkongsi segala rahsia hidup mereka kepada sahabat masing-masing. Tapi apa yang korang rasa bila sahabat korang tu sendiri musnahkan segala kepercayaan yg korang dah bg sepenuhnya tu? Baik di depan mengumpat di belakang, segala rahsia kite diceritakan kepada orang lain, menganiaya kita dengan tingkah laku pura-puranya. 

Korang pernah tak rasa salah satu kat atas ni? Mungkin ada dan mungkin belum pernah rasa. Tapi saya bercakap semua ni melalui pengalaman sendiri. Apa yang saya mampu luahkan cuma perasaan kecewa yang teramat, dengan hati yg hancur. Saya akui amat susah untuk pulihkan semula rasa yg dah dialami setelah KEPERCAYAAN kita dihancurkan. 

TAPI adakah ni bermaksud kita dah tak perlu nak mempercayai sesiapa lagi?? Sebenarnya tiada istilah 'SERIK' dalam kepercayaan. Perlu ke kita serik untuk percayakan orang lain? TAK PERLU SAMA SEKALI!! Sebab setiap manusia itu ada sifat-sifatnya yg sendiri. Ramai yg bila dah dikhianati akan cakap macamni :

'Ahh..manusia semuanya sama je, semua takleh diharap. Langsung tak boleh percaya'

'Aku dah serik dah nak percaya2 orang ni, semua kaki temberang'

Manusia2 yg cakap camni belom kenal erti hidup lagi. Kalau semuanya buruk, dia sorang je ke yg baik?? Ada kepala jangan fikir macam orang baru keluar hutan. Orang peribumi pun dah maju sekarang ni. Kalau kita tak percayakan sesiapa, dengan siapa lagi kita nak bergantung dalam hidup. Betul la seperti kata orang bijak pandai 'kita akan terseksa kerana ditipu jika terlalu mempercayai seseorang tetapi hidup lebih terseksa jika tidak cukup mempercayai sesiapa' 

Mana yang buruk kita jadikan sempadan, mana yang elok tu kita ambillah jadikan teladan. Kesimpulannya kat sini, KEPERCAYAAN ni adalah teras utama dalam kehidupan setiap manusia. bukan setakat percaya kepada manusia sekeliling kita saje.. bagi yg muslim, yg beragama Islam tu wajib berpegang la pada setiap satu di dalam Rukun Iman. Tawu ke apa yg ada dalam rukun iman tu? Di sinilah dimana sepatutnya kepercayaan itu bermula............

PERCAYA KEPADA ALLAH
PERCAYA KEPADA NABI DAN RASUL
PERCAYA KEPADA MALAIKAT
PERCAYA KEPADA KITAB
PERCAYA KEPADA HARI KIAMAT
PERCAYA KEPADA QADA' DAN QADAR



Thursday, April 7, 2011

Nak Belanja Couple Korang Pun Berpada-pada La Sama!

   Sometimes manusia ni jadi buta hanya disebabkan cinta. Ape tu cinta? Hebat sangat ke mende alah nama 'cinta' ni? Sebab tu tak heran la kalau ada yang sampai sanggup korbankan ape je yang diorang ada termasuk la wang ringgit. 

   Dek kerana mabuk cinta, sampai ada yang terjerat dengan masalah kewangan. Tak salah kalau korang nak belanja insan tersayang korang tu, tapi biarlah berpada-pada..jangan la sampai memudaratkan diri sendiri, menyusahkan keluarga or kawan-kawan sekeliling korang.

   Saya pun pernah jugak jadi buta sebab cinta macam orang lain tapi pengalaman tu sendiri mematangkan saya.So berdasarkan pengalaman-pengalaman hidup saya yang tak seberapa ni, suka lah saya nak citer sikit-sikit mana yang saya boleh kongsi ngan korang-korang ek.


   Firstly, kalau korang dapat couple yang jenis 'demanding' la kan, better korang basuh la otak die tu cukup-cukup sebelum die yang basuh poket korang dulu. Pesan kat dia gini, 'Yunk, i bukannya tanak belikan u itu ini tapi i simpan duit untuk masa dpean kita jugak'.. kalau tak paham bahasa jugak, campak je kat dalam washing machine, kasi brain wash sama beliau..wahaha

   Ada jugak sesetangah ni kalau keluar makan, nak tempat yg high class jek. Warung tak main kononnye banyak lipas, kat mamak pon tak layan kononnye bau mamak je terus hilang selera. Taknak makan tempat murah sebab takut orang lain pandang rendah. Mulia sangat ke darjat korang tu wey.

   Cinta gak buatkan someone tu jadik seorang yg HIPOKRIT. Nak tawu kenape? Dah tawu duit pun cukup-cukup makan je, tapi bile buah hati mintak belikan itu ini..berlagak besar macam duit berkepuk-kepuk. Padahal balik rumah japgi makan maggie je. Korang malu ke nak mengaku yang korang takde duit depan buah hati korang??? Malu dengan diri sendiri dulu lah.. Memang la tu buah hati korang kan..so ikut korang lah. Jangan sentap sudaa.. SENTAP KER?? (tangan kat dada mata pandang atas)

   Wey2!! korang jangan la nak harapkan satu pihak je yang keluarkan duit belanja. Kononnye berjanji sehidup semati..u die i die. Tapi bila bab belanja je kebiasaannya si perempuan mesti bergantung pada lelaki. *KEBIASAANNYA.. Memang la tanggungjawab tu lebih kepada lelaki, tapi masing-masing kena ingatlah yang sebenarnya tanggungjawab tu cuma bila korang dah jadi suami isteri. Ini tak, masa depan and jodoh korang dengan dia pun kemana dah mengharap lebih-lebih dari lelaki. (saya tawu bukan semua perempuan macamni tapi sebilangan besarnya lah)

   Last lah ni ek..satu lagi ni, asal birthday je mula la puak-puak lelaki ni ke hulu ke hilir serata negeri nak pergi cari hadiah untuk puak-puak gadis. kalau bukan rantai gelang cincin semua tu, benda paling pebret TEDDY BEAR. Kalau harga 5 6 ringgit takpe la jugak. Ini sampai puluh-puluh, ratus-ratus..waddehellk..yulkk. Saya berani jamin la, berapa orang je yang sanggup belikan hadiah beratus-ratus hanya untuk seorang adik or abang kakak dorang. Moral dia, cinta ni jugak buat manusia lupa pada saudaranya sendiri.

   Banyak lagi nak ikutkan saya nak tulis ni, tapi ada pulak yang komplain entri-entri saya sume panjang-panjang bebenor. So setakat ni jelah yang saya dapat kontrol jari saya nak menaip. Dah habis daya dah ni pendek-pendekkan entri ni. Jari saya ni umpama mulut saya yang tak boleh nak berhenti bercakap.. adoii. Ha tengokla ni, ada je yang die nak taip lagi. Sudaha2la wey, nanti orang tak larat nak baca weyy.. WEYY SUDAHLAA!!!! Ha Stop pun.....


Aikk ade lagi???


Friday, April 1, 2011

Apa Perlu Buat Kalau Putus Cinta!

p/s : Entri ini sesuai dibaca untuk semua orang. Tidak kira yang sedang putus cinta, bakal putus cinta or yang belum mahu putus cinta. Sekadar untuk perkongsian bersama.


Bagi yang tengah dilamun cinta, semua perkara jadi indah belaka. Tapi macam mana pulak dengan orang yang sedang putus cinta? Mungkin ada yang pernah rasa, mungkin jugak ada yang bakal merasa atau mungkin ada yang belum pernah merasa lagi.

"Arggghhh!! Kenapa semua ni mesti jadi kat aku, aku tak pernah mintak pun semua ni. Kenape??" Mungkin itu yang pernah terlintas or pernah diucap korang-korang yang sedang putus cinta sekarang ni. Sebenarnya, saya rasa putus cinta ni adalah satu hal yang biasa dalam kehidupan manusia. 

So, apa yang korang buat kalau korang dalam situasi ni? Takkan nak duduk mengeluh je kot? Jadi daripada korang mengeluh je, better korang cari cara nak atasi rasa sedih, rasa pahit, pedih, pilu yang korang rasa saat tu supaya cepat sikit hilang. ^_^

Kat bawah ni adelah sikit cara-cara yang korang boleh try. Belum cuba belum tahu, ye tak? 

#Biar hati korang relax, legakan hati tu.
Kalau perempuan, sila lah masuk bilik korang pastu menangis la sepuas-puasnya. (tapi jangan sampai jiran sebelah mengadu sebab buat bising plak) Then, ingat semua kenangan-kenangan indah berdua korang sebelum ni, pastu menangis la sampai kering air mata tu. Law tak cukup, boleh tambah letak 'EYEMO' sikit.
Bagi yang lelaki pulak, pukul je apa yang korang suka. (jgn pukul adik2 pulak) Batang pokok pisang tempat yang paling sesuai korang nak lepaskan geram, marah, sedih dan sebagainya. (law takde pokok pisang, tiang lampu pon jadiklah)

#Remember the bad things
Ambik pensel ngan kertas, pastu tulis senarai negatif tentang pasangan korang tu. tuliskan jugak benda-benda yang sepatutnya tak boleh dimaafkan tapi korang maafkan jugak sebab masih sayang masa tu. Then, korang baca lah balik senarai yang korang buat tu, supaya korang sedar memang patut pon korang putus ngan dia. Korang beruntung terlepas dari tangan orang yang salah.

#Bye Bye Bye
Buang semua barang yang ada kaitan dengan hubungan korang sebelum ni. Start dari gambar-gambar, or any present yang dia bg kat korang. Ini penting gila supaya korang tak akan ingat lagi and cepat lupa segala kenangan bersama. Kalau tak, korang akan sentiasa dihantui bayangan dia selagi korang simpan semua pemberiannya tu.

#As bad as I wanna be
Masa nilah korang nak jadi gila-gila sikit. Kalau dulu dia banyak larang itu ini, sekarang ni la masanya korang nak buat semua tu. Dulu dia tak bagi korang keluar lepak2 dgn kawan2, sekarang ni korang nak keluar sampai tak balik2 pon takpe. If sebelum ni dia tak bagi korang komen2 kat facebook, sekarang ni korang komen je 24 hours sampai pengsan..wahaha

#Be creative
Sometimes walaupun kita sedang putus cinta, tapi juga boleh menimbulkan inspirasi sendiri untuk berkarya. Kalau kita perasan, puisi-puisi mahupun lirik-lirik lagu, bukan sahaja menceritakan tentang keindahan cinta tapi juga kepahitan bercinta. Anggap je  apa yang menimpa korang tu bukanlah satu musibah tapi ianya satu anugerah yang ada hikmahnya. Siapa tahu korang bakal jadi penulis lirik yang terkenal. (jgn lupakan sy pulak ye)

#Lepak dengan kengkawan
Elakkan daripada bersendirian sebab for sure korang akan rasa sunyi dan memerlukan seseorang, secara tak langsung korang akan terkenangkan si dia. Hey! Kawan-kawan kan ramai, join je dorang lepak kat mana2, watching movie pon boleh. Karaoke la tempat paling best korang nak enjoy sambil lepaskan geram bersama kawan-kawan.Ni semua akan dapat imbaskan semula kenangan2 korang bersama kawan-kawan before korang terikat ngan dia sebelum ni.

#Cari pengganti
Maybe this is the best way utk korang padam si dia dari ingatan korang. Remember this, kumbang bukan seekor..bunga bukan sekuntum. Yang korang perlu buat hanyalah, cuba buka kan hati korang untuk seseorang yang baru. Siapa tahu dia jauh lebih baik dari pasangan anda yang sebelum ini. Sentiasa setkan dalam minda, yang baru adalah lebih baik daripada yang lepas. Saya doakan korang berjaya dalam hal ini.

#I Will Survive
Daripada korang dengar lagu2 sedih, lebih baik korang dengar lagu 'I Will Survive' ni. Lagu ni boleh buat korang lebih kuat untuk menerima perpisahan. Percayakan diri korang, and kuatkan semangat untuk terus melalui hari-hari yang akan datang. Ni antara lirik lagu korusnya :

Go on now go walk out the door
just turn around now
'cause you're not welcome anymore
weren't you the one who tried to hurt me with goodbye
you think I'd crumble
you think I'd lay down and die
Oh no, not I
I will survive
as long as i know how to love
I know I will stay alive
I've got all my life to live
I've got all my love to give
and I'll survive
I will survive


Yes! Life Must Go On Even Failed On Love!, kata salah seorang sahabat saya.
Berpisah bukan bererti hidup korang dah berakhir. Mungkin ni satu langkah untuk korang bukak kisah cinta baru anda yang lebih indah dari sebelum ni. 
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu!

Tuesday, March 15, 2011

Alasan-alasan Tak Siap Homework Masa Sekolah

Ade yang masih bersekolah dan ade yang dah tinggalkan zaman sekolah tu, so korang perasan tak ada satu benda yang memang korang takkan terlepas punya. Benda apa? Buku teks? Buku nota? Haha yang tu dah sah-sahlah korang mesti dapat punya. Kalau tak, takpayah belajar la..wakaka. 


Tapi bila terkeluarnya perkataan 'homework' dari mulut cikgu korang, apa yang korang rasa? Selama saya hidup sepanjang 38 tahun ni, belum pernah saya jumpa seorang student yang melompat-lompat keriangan sambil bertepuk-tepuk tangan kerana apa, kerana dapat homework. Tak tawula kalau-kalau korang pernah jumpa makhluk yang macamni. 

Maybe ada sesetengah tu ada jugak perasaan curious nak siapkan homework tu dengan cepat-cepat. (Niat je yang lebih tu) Tapi setelah dua hari diberi tugasan, beliau masih terpinga-terpinga 'Mana aku nak korek idea ni, urrgghh blur-blur. Dahla tugasan lain bersepah-sepah lagi..huh' 

Ha nampak tak tu. Ofkos la korang nampak sebab korang tengah baca kan? Hehe.. apa yang saya nak tegaskan kat sini, korang buat lambat-lambat pun takpe. Sebab kalau korang hantar awal pon markah lebih kurang je dengan yang hantar lambat. Betul tak cikgu-cikgu semua.. 

Ha tengok muka dorang tu masing-masing dah cuak dah tu takut kantoi. Masa awal-awal bagi tugasan korang pernah dengar tak ayat camni, 'Ok hari ni saya ada tugasan baru untuk semua, jangan ada yang mengeluh pulak (padahal satu kelas dah buat muka belacan). Memandangkan saya ni seorang yang baik hati lagi manis orangnya, siapa yang submit seawal yang mungkin akan diberi extra mark'...Betul ke?? Haha ingat kitorang ni kanak-kanak ribena ker?

Kat sini saya nak kongsi la alasan-alasan yang selalu saya dengar dari kawan-kawan masa dulu (saya pun selalu jugak..haha). Ada yang bersungguh-sungguh masa bagi alasan, ada yang macam sambil lewa je pun ada. Di bawah ni, antara-antaranya lah : 

1. Alasan : Saya tak hadir la masa cikgu bagi homework tu, kawan-kawan pun takde sorang yang inform pasal homework ni.

2. Alasan : (Buat-buat check beg depan cikgu) Alamak..saya tersilap bawak tugasan la cikgu. Ni mesti adik saya punya kerja ni. (adik jugak yg jadik mangsa)

3. Alasan : Rumah saya naik air, saya xdapat nak buat homework sebab cuci rumah cikgu. (cuci rumah die bukan rumah cikgu tu)

4. Alasan : Saya terlelap masa buat homework semalam. Saya terlampau fokus taw tak cikgu, sampai mata saya rasa berat sangat. So saya pon berehat la kejap. (rupa-rupanya kejap dia sampai pagi besok)

5. Alasan : (Target sape yg tak datang masa tu, pastu) Cikgu, leman pinjam buku saya tak pulang-pulang. Dahla hari ni pun dia tak datang. Kalau tak saya orang pertama yang akan hantar.

6. Alasan : Ada pencuri masuk rumah saya semalam, cikgu. Habis semua dia kebas termasuk dengan tugasan yang cikgu bagi tu. malang betul nasib saya cikgu.

7. Alasan : Saya nak siapkan pagi tadi kat kelas, tapi pengawas tu paksa saya suruh masuk perhimpunan. Pengawas tula yang salah. (hahaha kerja minggu lepas ko baru nk buat pagi ni sape suruh)

8. Alasan : Rumah saya terbakor cikgu. Homework-homework yang saya dah siapkan tu semuanya terbakor sekali..hukhukhuk

9. Alasan : (pinjam buku sape-sape, tunjuk cikgu) Ni ha cikgu, saya dah siap tapi saya nak repair-repair la sikit,  nanti-nanti saya hantar ye. ^_^

10. Alasan : Ini adalah alasan yang paling tak boleh blah buat abad ini. Mana tawu ada sesape yang nak cuba. Kot-kotla kalau ada cikgu-cikgu yang sukakan kucing, mesti dia sejuk je hati bila baca ni. Korang patut try!!



Hahaha...ini jelah yang mampu otak saya nak ingat pasal kisah-kisah masa sekolah dulu. Sejak 19 tahun yang lepas meninggalkan alam persekolahan, masih ada lagi sisa-sisa kenangan yang buat saya gelak sorang-sorang. 

Ape?? Korang pon pernah bagi alasan jugak? Ha kalau camtu kongsi la dengan kita semua kat komen bawah ni. Saya pon teruja jugak nak dengar alasan-alasan yang korang guna. 


Lagi Menarik [::::-

Sunday, March 13, 2011

Sebab-sebab Korang Harus Tinggalkan Pakwe Korang




Ehem-ehem..pekabar semua terutamanya lelaki. Hehe abang-abang, adik-adik sihat je kan? Dah makan belum semua tu? Kalau belum saya nak belanja..haha. Tak pun hujung minggu ni kita pergi tengok wayang ramai-ramai ke amacam?  Apa-apa pun dah habis cerita ni baru kite talk eh.

Mesti yang kaum-kaum perempuan ni tertanya-tanya, kenapa la saya baik sangat dengan kaum-kaum lelaki hari ni yek. Haa..nak tahu sebab apa? Meh semua duduk jauh-jauh sikit dengan puak-puak diorang tu. Ssshhh...sebenarnye yang saya tiba-tiba jadi baik ala-ala dermawan ni sebabnya tajuk kat atas tula..(ssshhh lagi) Mesti diorang tengah emo dengan saya sekarang ni hahaha... Ooppsss tergelak besar la plak. Hahahaha lagi besar..

Topik cinta bukan la satu topik yang saya gemari. Tapi saya selalu mendengar banyak luahan-luahan masalah daripada kawan-kawan terutamanya kaum perempuan. dan kebanyakannya berkaitan dengan cinta. (Urrgghh cam tak percaya je aku baru taip perkataan c.i.n.t.a) 

Saya bukan lah pakar cinta. jauh sekali seorang doktor yang berkelulusan phD dalam jurusan cinta. Saya cuma seorang sahabat yang selalu TERPAKSA berkongsi masalah-masalah cinta yang dihadapi oleh sahabat-sahabat yang lain. 

Ok let us start, agak-agak korang la kan (ready jari nak kira) dah berapa lama hubungan korang bercinta dengan kekasih korang tu? Yang mana dah hampir setengah tahun tu bagi saya dah ada 'connection' yang bagus tu tapi belum cukup untuk korang rasa itulah pasangan sehidup semati korang.

Bagi yang baru nak start bercinta tu or yang mana bercinta just  asyik tekan2 keypad je (sms) ataupon bercakap melalui telepon, takyah lah nak dibanggakan sangat. The question is simple, korang nak hubungan korang tu sampai ke jinjang pelamin or hanya separuh jalan? Hasil kajian yang saya dah terokai selama 43 tahun ni inilah hasilnya.
                                               
Dekat bawah ni adalah antara sebab-sebab korang DIHARUSKAN tinggal je trus pakwe-pakwe korang tu wahai kaum hawa sekalian. Kalau boleh tu lari terus jauh-jauh, lari selaju yang mungkin. kalau nak kekalkan kelajuan and tambah speed, boleh pakai bateri cap arnab (Duracell)

1 :: Pendiam nak mampos
For sure saya rasa perempuan mesti tak suka dengan geng-geng pakwe yang pendiam tahap dewa ketujuh langit berapi ni. Yela seperti yang saya maklum, kaum perempuan ni kelebihan dia bercakap tanpa henti dalam jangka masa yang lama. So kalau pakwe dia diam jek, otomatik perempuan tu boleh tukar profession mintak kerja jadik robot lagi bagus daripada menghadap lelaki yang macamni.

2 :: Suka mintak top-up
Ramai spesies lelaki yang saya jumpa camni. Diorang suka sangat ambil kesempatan pada perempuan yang terkenal dengan sifat lemah lembutnya tu. Mentang-mentangla perempuan tu cinta setengah mati kat korang, takkan korang tergamak wat camtu. Si lelaki mesti bagi alasan 'Yunkk..topup kan i sepulu hengget boleh tak, kalaw yunk tak topup camne i nak mesej, nak kol yunk nanti. Yunk mesti tanakkan..kan3?' Cisss...taktik zaman Sarip Dol dulu boleh la korang guna. Saya percaya kaum-kaum perempuan zaman sekarang ramai yang bijak-bijak bukan.

3 :: Pakwe yang ada kawan-kawan perangai macam setonirrojiim.
Jangan terkejut bila saya cakap camni. Sebab benda ni betul-betul berlaku. Depan kita mulutnya manis bermadu tapi belakang kita macam-macam diorang plan nak 'makan' kita. Harap-harap sebelum memilih pakwe tu siasat la dulu dengan siapa mereka berkawan ye.

4 :: Pakwe yang non-stop check inbox korang je kerja dia.
Waddeheck?? Sampai camni sekali.. Hey2!! mana pergi korang punya privasi? Takkan lah segala-galanya korang buat dia kena tahu? RIMAS!! Eh korang tak rasa rimas ke ada pakwe yang camni. Alasan lelaki. 'I check semua ni sebab i takut u curang, takut u main belakang'...oooppsss . Tapi korang fikirla sama, mak ayah korang pun jarang-jarang check inbox korang, ini dia pulak yang lebih-lebih. 

5 :: Pakwe tak suka bila korang berkawan dengan lelaki
Omaigosh!.. Ni lagi satu kejadah apala. Korang pernah dengar pepatah ni tak, 'Berkawan biar beribu berkasih hanya satu'. Maybe ada yang pernah, yang tak pernah tu banyak-banyak kan la menelaah komik ye. Sebab komik pon berlambak yang cakap camtu. Ada halangan dari segi jantina ke dalam hubungan persahabatan?? Dalam agama sendiri pun tak pernah mengahalang kita dari bersahabat dengan berlawanan jantina cuma ada batas-batas yang perlu dijaga. Tak suka kenapa? Dia jeles ke? Korang tak tahu orang yang jeles dengan perkara yang macam ni sebab dia pun buat camtu. Skandal keliling pinggang ha amek kao. 

Wokeh..saya dah lenguh dah menaip ni. Kejap baring kejap duduk. Tapi takpe sebab semata-mata nak tolong (wa bukan ah long ar) kaum-kaum hawa yang ada kat dunia ni jer. Tak dapat tolong banyak, sikit pon jadila kan.. yang penting kita sama-sama sebarkan apa yang kita tahu pada orang lain supaya dijadikan peringatan di masa depan.

Satu lagi ni sedara-sedara, insan yang cemerlang datang daripada akal, dari hati yang bersih ye, dengan jiwa yang tenang. Buat jahat berpada-pada, buat baik jangan sekali. Pasal pe jangan sekali, buat banyak kali takpe. Orang yang tamak selalu untung. Jadi biar tamak buat baik jangan tamak haloba. Jadik..renung-renungkan, selamat beramal.

Lagi Menarik [:::::--
Legenda Langkawi : Hikayat Sumpahan Mahsuri
Budak 13 tahun cipta laman sosial mirip Facebook!!
Korang Tahu Tak - Tahu Apekahh??

Saturday, March 12, 2011

Legenda Langkawi : Hikayat Sumpahan Mahsuri 3

Halaman 3               *KLIK SINI UNTUK KE HALAMAN 1          
                                     bagi yang belum baca dari awal


::TRAGEDI MAHSURI::

   Pada suatu malam yang gelap Mahura meminta izin daripada suaminya Dato' Kerma Jaya hendak pergi ke rumah Mahsuri dengan alasan hendak mendengar Deramang bersyair dan bercerita. Dato' telah mengizinkan dia pergi. Dia pun berpura-pura pergi ke rumah Mahsuri. Beberapa ketika kemudian, sebelum sampai ke rumah Mahsuri, Mahura berlari balik ke rumahnya dengan termengah-mengah serta menangis-nangis  memberitahu suaminya bahawa dia telah melihat Mahsuri dan Deramang sedang bercumbu-cumbuan dan Deramang memakai sebentuk cincin yang diberi kepadanya oleh Mahsuri.

   Benar Deramang ada memakai cincin. Cincin itu dihadiahkan kepadanya oleh Mahsuri dengan izin bapanya kerana menghargai jasa-jasa Deramang dalam menghiburkan hatinya dengan bersyair dan bercerita dalam masa suaminya meninggalkan rumah begitu lama. Tetapi Mahsuri hanya menggap Deramang seperti abang kandungnya sendiri kerana Deramang amat prihatin akan Mahsuri.



   Apabila mendengarkan cerita Mahura isterinya itu maka timbullah radang Dato' Seri Kerma Jaya dan serta-merta pada keesokan paginya dia terus mengerah orang-orangnya untuk menangkap Mahsuri.  Malang sekali tanpa usul periksa dan menyiasat dengan lebih lanjut, malah perbicaraan juga tidak dijalankan namun Dato' Kerma Jaya terus menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Mahsuri dan Deramang.

   Orang-orang Dato' Kerma jaya itu pun pergilah ke rumah Mahsuri di Mawat (kampungnya) dan mereka dapati dia tidak ada di rumah. Dia telah pergi ke suatu tempat yang tidak jauh dari rumahnya sambil mendodoikan anaknya di dalam buaian di bawah sepohon kayu. Orang-orang itu telah pergi ke tempat itu lalu berjumpa dengannya. Dia diberitahu bahawa mereka telah diperintahkan oleh Dato' untuk menangkap dan membunuh dia kerana kelakuan sumbangnya bersama Deramang. Dia terus dibawa ke suatu tempat bernama Padang Hangus dan di sanalah hukuman itu hendak dijalankan.



   Mahsuri berasa hairan kerana pada malam itu Deramang tiada di rumah keluar mengambil angin. Tetapi orang-orang Dato' Kerma Jaya tetap berkeras untuk membawa dia ke sana atas perintah Dato' sendiri. Mahsuri yang seakan masih belum mengerti mengapa dia dituduh sedemekian, sambil menegaskan dan merayu bahawa dia tidak bersalah. Tetapi segala rayuannya itu sia-sia belaka. 

   Bapanya Pandak Mayah yang sedang berada di dalam rumahnya mendapat khabar mala petaka yang menimpa anaknya itu. Dia pun bergegas membawa tujuh buah kereta lembu yang penuh berisi wang untuk menebus anaknya dengan harapan anaknya akan dikembalikan semula namun semua usaha itu turut gagal.

   Perkhabaran berkenaan dengan hukuman yang akan dijatuhkan ke atas Mahsuri itu telah merebak dengan pantas ke seluruh kampung di dalam Mukim itu dan ramai orang telah membantah perintah tersebut. Tetapi apa pun tidak dapat memujuk hati Dato' itu mengubah keputusannya. Ini disebabkan betapa kuatnya pengaruh Mahura ke atas suaminya itu.

   Beratus-ratus orang telah berhimpun di Padang Hangus hendak menyaksikan pelaksanaan hukuman bunuh itu. Di saat- saat genting itu, ada satu permintaan Mahsuri yang terakhir iaitu hendak menatap wajah anaknya buat kali yang terakhir tetapi Dato' Kerma Jaya tidak membenarkannya.


  Mahsuri telah diikat pada sebatang pokok asam jawa. Dua bilah lembing tajam telah digunakan. Apabila lembing ditikam ke tubuh Mahsuri yang lemah itu pada kedua-dua belah bahagian lembut bahunya, mata lembing yang tajam itu tidak dapat menembusi kulit atau dagingnya. Pada ketika itu, Mahsuri amat terseksa kerana menahan sakit lembing yang ditikam walaupun tidak lut. SeIepas segala percubaan yang gagal itu, Mahsuri memberitahu mereka bahawa jika sekiranya mereka betul-betul hendak menjalankan hukuman membunuh terhadap dia, dia mempunyai sebilah lembing kepunyaannya sendiri di rumahnya dan senjata itulah sahaja yang boleh membunuh akan dia. Lembing tersebut dipercayai sebagai 'Lembing Sakti'

   Maka perintah pun dikeluarkan untuk pergi mengambil lembing yang disimpan oleh Mahsuri. Ramai yang memohon dan merayu supaya Mahsuri dilepaskan tetapi Dato' Kerma Jaya tetap dengan keputusannya itu disebabkan termakan hasutan mahura isterinya sendiri. Apabila ditikam lembing itu ke tubuh badannya maka sekalian rakyat jelata di situ melihat darah putih memancut-mancut ke atas lalu terbentuk seperti payung di atas kepalanya. Peristiwa ini membuktikan bahawa dia adalah seorang wanita yang suci dari dosa.

   Sebelum Mahsuri menghembuskan nafasnya yang terakhir dia sempat bersumpah dengan suara yang lembut dan jelas bahawa disebabkan perbuatan mereka yang zalim ini,  Pulau Langkawi tidak akan makmur dan tidak akan menikmati keamanan ibarat 'Padang jarang padang terkukur' selama tujuh keturunan yang akan datang. Deramang juga akhirnya dibunuh walaupun pada mulanya dia melawan.


   Beberapa tahun kemudian Langkawi telah diserang oleh Siam. Ramai rakyat yang telah ditawan dan dibinasakan oleh tentera-tentera Siam. Kesemua ahli keluarga Dato' Kerma Jaya telah dibunuh oleh tentera yang menyerang itu. Sebilangan besar daripada penduduk pulau itu telah ditawan dan dibawa ke Siam.


   Sebagai ikhtiar yang akhir sebelum tentera Dato' yang bertahan itu mengundurkan diri, mereka telah menggunakan taktik menjahanamkan harta benda iaitu dengan membakar padi beras rakyat dan bekalan-bekalan tentera. Sehingga kini masih menjadi peninggalan sejarah mengenai kawasan kampung dan beras-beras yang dibakar itu. Kampung itu juga masih wujud sampai sekarang yang dinamakan sebagai Kampung Beras Terbakar.

   Dato' Kerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Dato' Kerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Mahura yang dirogol dan diseksa tentera Siam. Anak mereka, Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. 

   Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah berleluasa. Malah keadaan di pelau Langkawi ketika itu betul-betul seperti padang jarak padang terkukur. Ini kerana apa sahaja tanaman yang diusahakan tidak akan menjadi kerana tanah menjadi rosak dan tidak subur. Semuanya berpunca dari kekurangan sumber bekalan air. Panasnya yang terik membuatkan banyak tanaman-tanaman dan haiwan-haiwan ternakan mati begitu sahaja.

Replika makam Mahsuri yang dibina sempena mengingati sejarah hidupnya



   Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Sewaktu Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana Mahsuri dikebumikan. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.

   Namun menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur dan mengalami sedikit perubahan ketika itu. Dipercayai itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri sekali gus menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. 


Wan Aishah bt Wan Nawawi

Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah binti Wan Nawawi menetap di pulau Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.



                                                1  2  3                              



Legenda Langkawi : Hikayat Sumpahan Mahsuri 2

Halaman 2


::ZAMAN PERAWAN MAHSURI::


Ilustrasi Potret Mahsuri


   Apabila Mahsuri meningkat umurnya, rupanya sangat cantik dan ramai orang datang ke rumahnya dan membawa hadiah. Sebagai seorang gadis yang telah besar panjang rupa parasnya bertambah-tambah cantik dan dia pandai pula melayan tetamu-tetamu yang datang serta bertimbang rasa terhadap orang-orang yang miskin. Pada masa itu tidak ada perempuan yang boleh menandingi kecantikannya di seluruh Pulau Langkawi itu.

   Pada masa tersebut Langkawi telah diperintah oleh seorang orang pembesar yang dianugerahi oleh Sultan dengan gelaran Dato' Seri Kerma Jaya dan nama isterinya Mahura. Apabila Dato' itu mendengar cerita tentang Mahsuri dan peri kecantikannya serta budi bahasanya itu beliau pun pergi ke Mawat (nama kampung Mahsuri) dengan niat hendak melihat sendiri bagaimanakah rupa Mahsuri yang menjadi buah mulut ramai ketika itu.

   Apabila Dato' itu sampai di rumah Pandak Mayah didapatinya Pandak Mayah dan isterinya tidak ada di rumah. Yang ada cumalah Mahsuri seorang. Dia pun membuka pintu dan memberitahu Dato' itu bahawa ibu dan bapanya tak ada di rumah dan akan balik senja kelak. Dato' itu mengatakan bahawa dia tak dapat menanti dan akan datang sekali lagi pada suatu hari kelak.

   Dato' itu telah tertarik oleh budi bahasa dan kecantikan Mahsuri dan dengan serta-merta timbullah di dalam hatinya bahawa dia ingin hendak mengambil gadis itu untuk menjadi isterinya. Apabila dinyatakannya hasrat hatinya kepada isterinya maka terjadilah satu perkelahian yang begitu sengit sehingga terpaksa Dato' itu membatalkan cita-citanya hendak mengahwini Mahsuri.

   Dato' Seri Kerma Jaya miliki seorang anak bernama Mat Derus dan setelah berbaik-baik semula dengan isterinya Dato' itu telah berpakat dengan isterinya hendak meminang Mahsuri untuk anaknya itu dan isterinya itu pun bersetuju. Pandak Mayah serta isterinya telah menerima kedatangan orang-orang pihak Dato' itu mengikut adat istiadatnya dan mereka pun bersetujulah atas peminangan itu. Tidak berapa lama kemudian majlis perkahwinan pun diadakan dengan secara besar-besaran dan hampir-hampir semua penduduk Pulau Langkawi telah dijemput hadir ke majlis yang meriah itu.

   Selepas perkahwinan itu sepasang suami isteri pun tinggal bersama-sama dalam aman sentosa dan rukun damai. Bulan berganti bulan, maka Mahsuri pun hamil. Suaminya Mat Deris telah pergi ke Siam kerana urusan perniagaan dan sebagai seorang pedagang lama juga dia tidak pulang ke rumah.

   Dalam masa Mat Derus tidak ada maka datanglah seorang pengembara Melayu muda lagi miskin ke Langkawi. Namanya Deramang. Orang ini dilahirkan di Melaka. Dia mengembara ke seluruh Semenanjung termasuklah Pulau Pinang dan Perlis. Dari Perlis dia menyeberang ke Langkawi kerana hendak tinggal beberapa hari.

   Deramang mempunyai suara yang sangat merdu, dan sangat pandai berpantun serta membaca cerita dalam bentuk prosa. Pada suatu hari dia datang singgah untuk berehat sebntar di rumah Mahsuri. Mahsuri kasihan melihatkan keadaan pengembara miskin ini lalu mempelawa dia tinggal di rumahnya beberapa hari dengan izin ibu bapanya. Deramang menerima pelawaan itu serta mengucapkan terima kasih kepadanya.



   Sebagai seorang celik huruf, Deramang gemar dan ahli membaca hikayat dan syair. Pandak Mayah selalu meminta Deramang membacakan hikayat dan syair pada waktu malam di rumahnya. Pada setiap malam Deramang akan bersyair dan bercerita. Orang-orang yang tinggal berdekatan di situ datang ke rumah Mahsuri mendengar syair dan cerita Deramang.
Acara ini telah menjadikan rumah Pandak Mayah sebagai tempat tumpuan ramai. Mahsuri juga seorang peminat setia Deramang.

   Beberapa bulan kemudian Mahsuri pun melahirkan anaknya yang pertama seorang lelaki, dan telah diberi nama Mat Arus. Disebabkan usianya yang baru lahir maka tidak banyak yang diceritakan tentang anak lelaki Mahsuri ini.

   Oleh sebab baik budi dan ramah mesra Deramang dan Mahsuri, lebih ramai orang datang ke rumah Mahsuri dan sedikit sahaja datang ke rumah Dato' Seri Kerma Jaya. Kemahsyuran  Mahsuri semakin melonjak kerana namanya  sentiasa meniti di bibir mulut setiap orang.

   Mahura isteri Dato' Kerma Jaya berasa cemburu dan iri hati kepada Mahsuri kerana namanya terkenal. Dia sentiasa terkenangkan niat suaminya tempoh hari hendak memperisterikan Mahsuri yang mana hal tersebut telah menimbulkan perselisihan di antara dia, dengan suaminya itu maka dia pun mengambil keputusan untuk membuat fitnah terhadap Mahsuri.


                                        1  2  3                              Sambungan >>


Legenda Langkawi : Hikayat Sumpahan Mahsuri

Halaman 1


   Langkawi adalah sebuah pulau yang unik kerana terlalu banyak lagenda dan mitos-mitos wujud pada zaman dahulu kala. Sebagai penduduk di Langkawi, saya turut menjadi teruja mendengar segala kisah-kisah yang kononnya pernah berlaku di sini. 

   Namun terlalu banyak versi dan andaian-andaian yang mana juga telah ditokok tambah kini. Demikian juga halnya dengan hikayat Mahsuri yang mempunyai tidak kurang daripada 14 versi yang dihasilkan oleh beberapa tokoh di negara ini. Bagaimanapun saya lebih suka mendengar versi yang diceritakan oleh orang tua-tua di Langkawi.


Bermulalah Kisah Mahsuri

::KELAHIRAN MAHSURI::

   Kira-kira dua abad dahulu, ada sebuah kampung ni yang terletak kat Mukim Ulu Melaka tinggal 1 family tiga beranak. Si bapa bernama Pandak Mayah, si isterinya Mek Andak Alang dan bersama seorang anak bernama Mek Yah. Keluarga miskin ini mencari sumber rezeki diorang dengan cara pertanian. 

 
Rumah Kedah ini telah dibina semula dan dipercayai ia dibina di atas bekas tapak rumah keluarga Pandak Mayah

   Nasib keluarga ini mula berubah selepas Pandak Mayah mencari kerbaunya yang hilang. Tengok-tengok hujan lebat la pulak, so dia pun singgah  la sekejap dekat pondok lama yang ada kat situ. Masa dalam pondok tu tetiba dia terdengar bunyi tangisan bayi. Dia memandang ke seluruh tempat di dalam pondok itu hendak mencari di manakah kanak-kanak itu tetapi tidak ada tanda-tanda manusia di mana-mana pun. Satu benda luar biasa yang dilihatnya di dalam pondok itu hanyalah sekeping kerak nasi di atas lantai pondok tersebut. Diambilnya sedikit kerak nasi itu kerana hendak diperiksanya. Dia berasa takjub kerana dengan serta-merta tangisan kanak-kanak itu pun berhenti. 

   Dalam masyarakat Melayu petani, padi adalah simbol kemakmuran dan punca rezeki yang perlu dihormati. Isterinya memberitahu bahawa mengikut kepercayaan orang tua-tua tangisan bayi seperti itu ialah tangisan 'semangat buah padi'. Sejak hari itu, Mak Andak Alang selalu mencampurkan kerak nasi itu dengan nasi yang ditanak. Kehidupan keluarga Pandak Mayah semakin berubah semenjak mereka makan nasi yang bercampur dengan kerak nasi itu. Rezekinya mula bertambah dan seterusnya isterinya hamil lagi.


  Rezeki Pandak Mayah tak berhenti-henti melimpah selepas menjumpai sarang burung layang-layang di gua, di Belanga Pecah. Dia telah menjual sarang-sarang burung tersebut kepada taukeh Cina di Pengkalan (Padang Mat Sirat) untuk pasaran Pulau Pinang. Sarang burung layang-layang menjadikan keluarga Pandak Maya kaya. Bagaimanapun apabila kawan-kawan dia mintak untuk tunjukkan tempat sarang burung tersebut, terus dah tak jumpa. Kemungkinan tempat tersebut hanya boleh dilihat oleh Pandak Mayah seorang sahaja kerana itu dalah hak rezekinya. Apatah lagi kegiatan persendirian Pandak Maya semakin meningkat penghasilannya. Ternakan dan tanaman semakin menjadi dan pengeluaran bertambah banyak. Namanya menjadi terkenal bukan sahaja di kampungnya dan di dalam Mukim tempat dia tinggal tetapi juga di seluruh Pulau Langkawi itu.

   Cerita tentang tuah anak yang dikandung isterinya bertambah hebat apabila suatu malam , Pandak Mayah terdengar suara ular itek (ular cinta Mani) berdekatan rumahnya. Pandak Mayah berjaya menangkap dua ekor lalu dimasak untuk hidangan keluarga. Mengikut kepercayaan orang tua-tua dahulu, siapa yang memakan daging ular itek ini akan beroleh rezeki yang melimpah. Jelaslah dari cerita di sekitar kehamilan Mak Andak Alang, keluarganya sudah berlimpah rezeki. Ini suatu petanda bayi bakal lahir membawa tuah. 

   Apabila tiba masanya, Mak Andak Alang pun melahirkan bayi perempuan yang comel, dan dinamakan Mahsuri. Apabila Mahsuri berumur seminggu, Pandak Mayah bermimpi bahawa dia hendaklah membawa anak kecilnya itu mandi di sebuah kolam yang tak jauh dari rumahnya. Dia pun menunaikan kehendak mimpinya itu. Lepas mandi kanak-kanak itu pun dibawa pulang. Kehidupan Pandak Mayah sekeluarga semakin kaya raya apabila Pandak Mayah menjumpai batu kemian (kemenyan) yang mana pada masa itu harganya tinggi dan kemudiannya dia mengutip lebih banyak batu meian tersebut untuk dijual kepada taukeh Cina di Padang Mat Sirat serta Pulau Pinang.

                                              1  2  3                                Sambungan >>






Friday, March 11, 2011

Gempa 8.8 skala Ritcher Tsunami Melanda Lagi 11 Mac 2011


JEPUN: Negara ini dilanda gempa bumi kuat berukuran 8.8 pada skala Richter yang menggegar pantai timur negara itu.
Akibatnya, satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan, kata laporan Malaysiakini yang memetik Reuters.
Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.
Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter.