Total Pageviews

Tuesday, March 15, 2011

Alasan-alasan Tak Siap Homework Masa Sekolah

Ade yang masih bersekolah dan ade yang dah tinggalkan zaman sekolah tu, so korang perasan tak ada satu benda yang memang korang takkan terlepas punya. Benda apa? Buku teks? Buku nota? Haha yang tu dah sah-sahlah korang mesti dapat punya. Kalau tak, takpayah belajar la..wakaka. 


Tapi bila terkeluarnya perkataan 'homework' dari mulut cikgu korang, apa yang korang rasa? Selama saya hidup sepanjang 38 tahun ni, belum pernah saya jumpa seorang student yang melompat-lompat keriangan sambil bertepuk-tepuk tangan kerana apa, kerana dapat homework. Tak tawula kalau-kalau korang pernah jumpa makhluk yang macamni. 

Maybe ada sesetengah tu ada jugak perasaan curious nak siapkan homework tu dengan cepat-cepat. (Niat je yang lebih tu) Tapi setelah dua hari diberi tugasan, beliau masih terpinga-terpinga 'Mana aku nak korek idea ni, urrgghh blur-blur. Dahla tugasan lain bersepah-sepah lagi..huh' 

Ha nampak tak tu. Ofkos la korang nampak sebab korang tengah baca kan? Hehe.. apa yang saya nak tegaskan kat sini, korang buat lambat-lambat pun takpe. Sebab kalau korang hantar awal pon markah lebih kurang je dengan yang hantar lambat. Betul tak cikgu-cikgu semua.. 

Ha tengok muka dorang tu masing-masing dah cuak dah tu takut kantoi. Masa awal-awal bagi tugasan korang pernah dengar tak ayat camni, 'Ok hari ni saya ada tugasan baru untuk semua, jangan ada yang mengeluh pulak (padahal satu kelas dah buat muka belacan). Memandangkan saya ni seorang yang baik hati lagi manis orangnya, siapa yang submit seawal yang mungkin akan diberi extra mark'...Betul ke?? Haha ingat kitorang ni kanak-kanak ribena ker?

Kat sini saya nak kongsi la alasan-alasan yang selalu saya dengar dari kawan-kawan masa dulu (saya pun selalu jugak..haha). Ada yang bersungguh-sungguh masa bagi alasan, ada yang macam sambil lewa je pun ada. Di bawah ni, antara-antaranya lah : 

1. Alasan : Saya tak hadir la masa cikgu bagi homework tu, kawan-kawan pun takde sorang yang inform pasal homework ni.

2. Alasan : (Buat-buat check beg depan cikgu) Alamak..saya tersilap bawak tugasan la cikgu. Ni mesti adik saya punya kerja ni. (adik jugak yg jadik mangsa)

3. Alasan : Rumah saya naik air, saya xdapat nak buat homework sebab cuci rumah cikgu. (cuci rumah die bukan rumah cikgu tu)

4. Alasan : Saya terlelap masa buat homework semalam. Saya terlampau fokus taw tak cikgu, sampai mata saya rasa berat sangat. So saya pon berehat la kejap. (rupa-rupanya kejap dia sampai pagi besok)

5. Alasan : (Target sape yg tak datang masa tu, pastu) Cikgu, leman pinjam buku saya tak pulang-pulang. Dahla hari ni pun dia tak datang. Kalau tak saya orang pertama yang akan hantar.

6. Alasan : Ada pencuri masuk rumah saya semalam, cikgu. Habis semua dia kebas termasuk dengan tugasan yang cikgu bagi tu. malang betul nasib saya cikgu.

7. Alasan : Saya nak siapkan pagi tadi kat kelas, tapi pengawas tu paksa saya suruh masuk perhimpunan. Pengawas tula yang salah. (hahaha kerja minggu lepas ko baru nk buat pagi ni sape suruh)

8. Alasan : Rumah saya terbakor cikgu. Homework-homework yang saya dah siapkan tu semuanya terbakor sekali..hukhukhuk

9. Alasan : (pinjam buku sape-sape, tunjuk cikgu) Ni ha cikgu, saya dah siap tapi saya nak repair-repair la sikit,  nanti-nanti saya hantar ye. ^_^

10. Alasan : Ini adalah alasan yang paling tak boleh blah buat abad ini. Mana tawu ada sesape yang nak cuba. Kot-kotla kalau ada cikgu-cikgu yang sukakan kucing, mesti dia sejuk je hati bila baca ni. Korang patut try!!



Hahaha...ini jelah yang mampu otak saya nak ingat pasal kisah-kisah masa sekolah dulu. Sejak 19 tahun yang lepas meninggalkan alam persekolahan, masih ada lagi sisa-sisa kenangan yang buat saya gelak sorang-sorang. 

Ape?? Korang pon pernah bagi alasan jugak? Ha kalau camtu kongsi la dengan kita semua kat komen bawah ni. Saya pon teruja jugak nak dengar alasan-alasan yang korang guna. 


Lagi Menarik [::::-

Sunday, March 13, 2011

Sebab-sebab Korang Harus Tinggalkan Pakwe Korang




Ehem-ehem..pekabar semua terutamanya lelaki. Hehe abang-abang, adik-adik sihat je kan? Dah makan belum semua tu? Kalau belum saya nak belanja..haha. Tak pun hujung minggu ni kita pergi tengok wayang ramai-ramai ke amacam?  Apa-apa pun dah habis cerita ni baru kite talk eh.

Mesti yang kaum-kaum perempuan ni tertanya-tanya, kenapa la saya baik sangat dengan kaum-kaum lelaki hari ni yek. Haa..nak tahu sebab apa? Meh semua duduk jauh-jauh sikit dengan puak-puak diorang tu. Ssshhh...sebenarnye yang saya tiba-tiba jadi baik ala-ala dermawan ni sebabnya tajuk kat atas tula..(ssshhh lagi) Mesti diorang tengah emo dengan saya sekarang ni hahaha... Ooppsss tergelak besar la plak. Hahahaha lagi besar..

Topik cinta bukan la satu topik yang saya gemari. Tapi saya selalu mendengar banyak luahan-luahan masalah daripada kawan-kawan terutamanya kaum perempuan. dan kebanyakannya berkaitan dengan cinta. (Urrgghh cam tak percaya je aku baru taip perkataan c.i.n.t.a) 

Saya bukan lah pakar cinta. jauh sekali seorang doktor yang berkelulusan phD dalam jurusan cinta. Saya cuma seorang sahabat yang selalu TERPAKSA berkongsi masalah-masalah cinta yang dihadapi oleh sahabat-sahabat yang lain. 

Ok let us start, agak-agak korang la kan (ready jari nak kira) dah berapa lama hubungan korang bercinta dengan kekasih korang tu? Yang mana dah hampir setengah tahun tu bagi saya dah ada 'connection' yang bagus tu tapi belum cukup untuk korang rasa itulah pasangan sehidup semati korang.

Bagi yang baru nak start bercinta tu or yang mana bercinta just  asyik tekan2 keypad je (sms) ataupon bercakap melalui telepon, takyah lah nak dibanggakan sangat. The question is simple, korang nak hubungan korang tu sampai ke jinjang pelamin or hanya separuh jalan? Hasil kajian yang saya dah terokai selama 43 tahun ni inilah hasilnya.
                                               
Dekat bawah ni adalah antara sebab-sebab korang DIHARUSKAN tinggal je trus pakwe-pakwe korang tu wahai kaum hawa sekalian. Kalau boleh tu lari terus jauh-jauh, lari selaju yang mungkin. kalau nak kekalkan kelajuan and tambah speed, boleh pakai bateri cap arnab (Duracell)

1 :: Pendiam nak mampos
For sure saya rasa perempuan mesti tak suka dengan geng-geng pakwe yang pendiam tahap dewa ketujuh langit berapi ni. Yela seperti yang saya maklum, kaum perempuan ni kelebihan dia bercakap tanpa henti dalam jangka masa yang lama. So kalau pakwe dia diam jek, otomatik perempuan tu boleh tukar profession mintak kerja jadik robot lagi bagus daripada menghadap lelaki yang macamni.

2 :: Suka mintak top-up
Ramai spesies lelaki yang saya jumpa camni. Diorang suka sangat ambil kesempatan pada perempuan yang terkenal dengan sifat lemah lembutnya tu. Mentang-mentangla perempuan tu cinta setengah mati kat korang, takkan korang tergamak wat camtu. Si lelaki mesti bagi alasan 'Yunkk..topup kan i sepulu hengget boleh tak, kalaw yunk tak topup camne i nak mesej, nak kol yunk nanti. Yunk mesti tanakkan..kan3?' Cisss...taktik zaman Sarip Dol dulu boleh la korang guna. Saya percaya kaum-kaum perempuan zaman sekarang ramai yang bijak-bijak bukan.

3 :: Pakwe yang ada kawan-kawan perangai macam setonirrojiim.
Jangan terkejut bila saya cakap camni. Sebab benda ni betul-betul berlaku. Depan kita mulutnya manis bermadu tapi belakang kita macam-macam diorang plan nak 'makan' kita. Harap-harap sebelum memilih pakwe tu siasat la dulu dengan siapa mereka berkawan ye.

4 :: Pakwe yang non-stop check inbox korang je kerja dia.
Waddeheck?? Sampai camni sekali.. Hey2!! mana pergi korang punya privasi? Takkan lah segala-galanya korang buat dia kena tahu? RIMAS!! Eh korang tak rasa rimas ke ada pakwe yang camni. Alasan lelaki. 'I check semua ni sebab i takut u curang, takut u main belakang'...oooppsss . Tapi korang fikirla sama, mak ayah korang pun jarang-jarang check inbox korang, ini dia pulak yang lebih-lebih. 

5 :: Pakwe tak suka bila korang berkawan dengan lelaki
Omaigosh!.. Ni lagi satu kejadah apala. Korang pernah dengar pepatah ni tak, 'Berkawan biar beribu berkasih hanya satu'. Maybe ada yang pernah, yang tak pernah tu banyak-banyak kan la menelaah komik ye. Sebab komik pon berlambak yang cakap camtu. Ada halangan dari segi jantina ke dalam hubungan persahabatan?? Dalam agama sendiri pun tak pernah mengahalang kita dari bersahabat dengan berlawanan jantina cuma ada batas-batas yang perlu dijaga. Tak suka kenapa? Dia jeles ke? Korang tak tahu orang yang jeles dengan perkara yang macam ni sebab dia pun buat camtu. Skandal keliling pinggang ha amek kao. 

Wokeh..saya dah lenguh dah menaip ni. Kejap baring kejap duduk. Tapi takpe sebab semata-mata nak tolong (wa bukan ah long ar) kaum-kaum hawa yang ada kat dunia ni jer. Tak dapat tolong banyak, sikit pon jadila kan.. yang penting kita sama-sama sebarkan apa yang kita tahu pada orang lain supaya dijadikan peringatan di masa depan.

Satu lagi ni sedara-sedara, insan yang cemerlang datang daripada akal, dari hati yang bersih ye, dengan jiwa yang tenang. Buat jahat berpada-pada, buat baik jangan sekali. Pasal pe jangan sekali, buat banyak kali takpe. Orang yang tamak selalu untung. Jadi biar tamak buat baik jangan tamak haloba. Jadik..renung-renungkan, selamat beramal.

Lagi Menarik [:::::--
Legenda Langkawi : Hikayat Sumpahan Mahsuri
Budak 13 tahun cipta laman sosial mirip Facebook!!
Korang Tahu Tak - Tahu Apekahh??

Saturday, March 12, 2011

Legenda Langkawi : Hikayat Sumpahan Mahsuri 3

Halaman 3               *KLIK SINI UNTUK KE HALAMAN 1          
                                     bagi yang belum baca dari awal


::TRAGEDI MAHSURI::

   Pada suatu malam yang gelap Mahura meminta izin daripada suaminya Dato' Kerma Jaya hendak pergi ke rumah Mahsuri dengan alasan hendak mendengar Deramang bersyair dan bercerita. Dato' telah mengizinkan dia pergi. Dia pun berpura-pura pergi ke rumah Mahsuri. Beberapa ketika kemudian, sebelum sampai ke rumah Mahsuri, Mahura berlari balik ke rumahnya dengan termengah-mengah serta menangis-nangis  memberitahu suaminya bahawa dia telah melihat Mahsuri dan Deramang sedang bercumbu-cumbuan dan Deramang memakai sebentuk cincin yang diberi kepadanya oleh Mahsuri.

   Benar Deramang ada memakai cincin. Cincin itu dihadiahkan kepadanya oleh Mahsuri dengan izin bapanya kerana menghargai jasa-jasa Deramang dalam menghiburkan hatinya dengan bersyair dan bercerita dalam masa suaminya meninggalkan rumah begitu lama. Tetapi Mahsuri hanya menggap Deramang seperti abang kandungnya sendiri kerana Deramang amat prihatin akan Mahsuri.



   Apabila mendengarkan cerita Mahura isterinya itu maka timbullah radang Dato' Seri Kerma Jaya dan serta-merta pada keesokan paginya dia terus mengerah orang-orangnya untuk menangkap Mahsuri.  Malang sekali tanpa usul periksa dan menyiasat dengan lebih lanjut, malah perbicaraan juga tidak dijalankan namun Dato' Kerma Jaya terus menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Mahsuri dan Deramang.

   Orang-orang Dato' Kerma jaya itu pun pergilah ke rumah Mahsuri di Mawat (kampungnya) dan mereka dapati dia tidak ada di rumah. Dia telah pergi ke suatu tempat yang tidak jauh dari rumahnya sambil mendodoikan anaknya di dalam buaian di bawah sepohon kayu. Orang-orang itu telah pergi ke tempat itu lalu berjumpa dengannya. Dia diberitahu bahawa mereka telah diperintahkan oleh Dato' untuk menangkap dan membunuh dia kerana kelakuan sumbangnya bersama Deramang. Dia terus dibawa ke suatu tempat bernama Padang Hangus dan di sanalah hukuman itu hendak dijalankan.



   Mahsuri berasa hairan kerana pada malam itu Deramang tiada di rumah keluar mengambil angin. Tetapi orang-orang Dato' Kerma Jaya tetap berkeras untuk membawa dia ke sana atas perintah Dato' sendiri. Mahsuri yang seakan masih belum mengerti mengapa dia dituduh sedemekian, sambil menegaskan dan merayu bahawa dia tidak bersalah. Tetapi segala rayuannya itu sia-sia belaka. 

   Bapanya Pandak Mayah yang sedang berada di dalam rumahnya mendapat khabar mala petaka yang menimpa anaknya itu. Dia pun bergegas membawa tujuh buah kereta lembu yang penuh berisi wang untuk menebus anaknya dengan harapan anaknya akan dikembalikan semula namun semua usaha itu turut gagal.

   Perkhabaran berkenaan dengan hukuman yang akan dijatuhkan ke atas Mahsuri itu telah merebak dengan pantas ke seluruh kampung di dalam Mukim itu dan ramai orang telah membantah perintah tersebut. Tetapi apa pun tidak dapat memujuk hati Dato' itu mengubah keputusannya. Ini disebabkan betapa kuatnya pengaruh Mahura ke atas suaminya itu.

   Beratus-ratus orang telah berhimpun di Padang Hangus hendak menyaksikan pelaksanaan hukuman bunuh itu. Di saat- saat genting itu, ada satu permintaan Mahsuri yang terakhir iaitu hendak menatap wajah anaknya buat kali yang terakhir tetapi Dato' Kerma Jaya tidak membenarkannya.


  Mahsuri telah diikat pada sebatang pokok asam jawa. Dua bilah lembing tajam telah digunakan. Apabila lembing ditikam ke tubuh Mahsuri yang lemah itu pada kedua-dua belah bahagian lembut bahunya, mata lembing yang tajam itu tidak dapat menembusi kulit atau dagingnya. Pada ketika itu, Mahsuri amat terseksa kerana menahan sakit lembing yang ditikam walaupun tidak lut. SeIepas segala percubaan yang gagal itu, Mahsuri memberitahu mereka bahawa jika sekiranya mereka betul-betul hendak menjalankan hukuman membunuh terhadap dia, dia mempunyai sebilah lembing kepunyaannya sendiri di rumahnya dan senjata itulah sahaja yang boleh membunuh akan dia. Lembing tersebut dipercayai sebagai 'Lembing Sakti'

   Maka perintah pun dikeluarkan untuk pergi mengambil lembing yang disimpan oleh Mahsuri. Ramai yang memohon dan merayu supaya Mahsuri dilepaskan tetapi Dato' Kerma Jaya tetap dengan keputusannya itu disebabkan termakan hasutan mahura isterinya sendiri. Apabila ditikam lembing itu ke tubuh badannya maka sekalian rakyat jelata di situ melihat darah putih memancut-mancut ke atas lalu terbentuk seperti payung di atas kepalanya. Peristiwa ini membuktikan bahawa dia adalah seorang wanita yang suci dari dosa.

   Sebelum Mahsuri menghembuskan nafasnya yang terakhir dia sempat bersumpah dengan suara yang lembut dan jelas bahawa disebabkan perbuatan mereka yang zalim ini,  Pulau Langkawi tidak akan makmur dan tidak akan menikmati keamanan ibarat 'Padang jarang padang terkukur' selama tujuh keturunan yang akan datang. Deramang juga akhirnya dibunuh walaupun pada mulanya dia melawan.


   Beberapa tahun kemudian Langkawi telah diserang oleh Siam. Ramai rakyat yang telah ditawan dan dibinasakan oleh tentera-tentera Siam. Kesemua ahli keluarga Dato' Kerma Jaya telah dibunuh oleh tentera yang menyerang itu. Sebilangan besar daripada penduduk pulau itu telah ditawan dan dibawa ke Siam.


   Sebagai ikhtiar yang akhir sebelum tentera Dato' yang bertahan itu mengundurkan diri, mereka telah menggunakan taktik menjahanamkan harta benda iaitu dengan membakar padi beras rakyat dan bekalan-bekalan tentera. Sehingga kini masih menjadi peninggalan sejarah mengenai kawasan kampung dan beras-beras yang dibakar itu. Kampung itu juga masih wujud sampai sekarang yang dinamakan sebagai Kampung Beras Terbakar.

   Dato' Kerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Dato' Kerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Mahura yang dirogol dan diseksa tentera Siam. Anak mereka, Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. 

   Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah berleluasa. Malah keadaan di pelau Langkawi ketika itu betul-betul seperti padang jarak padang terkukur. Ini kerana apa sahaja tanaman yang diusahakan tidak akan menjadi kerana tanah menjadi rosak dan tidak subur. Semuanya berpunca dari kekurangan sumber bekalan air. Panasnya yang terik membuatkan banyak tanaman-tanaman dan haiwan-haiwan ternakan mati begitu sahaja.

Replika makam Mahsuri yang dibina sempena mengingati sejarah hidupnya



   Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Sewaktu Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana Mahsuri dikebumikan. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.

   Namun menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur dan mengalami sedikit perubahan ketika itu. Dipercayai itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri sekali gus menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. 


Wan Aishah bt Wan Nawawi

Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah binti Wan Nawawi menetap di pulau Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.



                                                1  2  3                              



Legenda Langkawi : Hikayat Sumpahan Mahsuri 2

Halaman 2


::ZAMAN PERAWAN MAHSURI::


Ilustrasi Potret Mahsuri


   Apabila Mahsuri meningkat umurnya, rupanya sangat cantik dan ramai orang datang ke rumahnya dan membawa hadiah. Sebagai seorang gadis yang telah besar panjang rupa parasnya bertambah-tambah cantik dan dia pandai pula melayan tetamu-tetamu yang datang serta bertimbang rasa terhadap orang-orang yang miskin. Pada masa itu tidak ada perempuan yang boleh menandingi kecantikannya di seluruh Pulau Langkawi itu.

   Pada masa tersebut Langkawi telah diperintah oleh seorang orang pembesar yang dianugerahi oleh Sultan dengan gelaran Dato' Seri Kerma Jaya dan nama isterinya Mahura. Apabila Dato' itu mendengar cerita tentang Mahsuri dan peri kecantikannya serta budi bahasanya itu beliau pun pergi ke Mawat (nama kampung Mahsuri) dengan niat hendak melihat sendiri bagaimanakah rupa Mahsuri yang menjadi buah mulut ramai ketika itu.

   Apabila Dato' itu sampai di rumah Pandak Mayah didapatinya Pandak Mayah dan isterinya tidak ada di rumah. Yang ada cumalah Mahsuri seorang. Dia pun membuka pintu dan memberitahu Dato' itu bahawa ibu dan bapanya tak ada di rumah dan akan balik senja kelak. Dato' itu mengatakan bahawa dia tak dapat menanti dan akan datang sekali lagi pada suatu hari kelak.

   Dato' itu telah tertarik oleh budi bahasa dan kecantikan Mahsuri dan dengan serta-merta timbullah di dalam hatinya bahawa dia ingin hendak mengambil gadis itu untuk menjadi isterinya. Apabila dinyatakannya hasrat hatinya kepada isterinya maka terjadilah satu perkelahian yang begitu sengit sehingga terpaksa Dato' itu membatalkan cita-citanya hendak mengahwini Mahsuri.

   Dato' Seri Kerma Jaya miliki seorang anak bernama Mat Derus dan setelah berbaik-baik semula dengan isterinya Dato' itu telah berpakat dengan isterinya hendak meminang Mahsuri untuk anaknya itu dan isterinya itu pun bersetuju. Pandak Mayah serta isterinya telah menerima kedatangan orang-orang pihak Dato' itu mengikut adat istiadatnya dan mereka pun bersetujulah atas peminangan itu. Tidak berapa lama kemudian majlis perkahwinan pun diadakan dengan secara besar-besaran dan hampir-hampir semua penduduk Pulau Langkawi telah dijemput hadir ke majlis yang meriah itu.

   Selepas perkahwinan itu sepasang suami isteri pun tinggal bersama-sama dalam aman sentosa dan rukun damai. Bulan berganti bulan, maka Mahsuri pun hamil. Suaminya Mat Deris telah pergi ke Siam kerana urusan perniagaan dan sebagai seorang pedagang lama juga dia tidak pulang ke rumah.

   Dalam masa Mat Derus tidak ada maka datanglah seorang pengembara Melayu muda lagi miskin ke Langkawi. Namanya Deramang. Orang ini dilahirkan di Melaka. Dia mengembara ke seluruh Semenanjung termasuklah Pulau Pinang dan Perlis. Dari Perlis dia menyeberang ke Langkawi kerana hendak tinggal beberapa hari.

   Deramang mempunyai suara yang sangat merdu, dan sangat pandai berpantun serta membaca cerita dalam bentuk prosa. Pada suatu hari dia datang singgah untuk berehat sebntar di rumah Mahsuri. Mahsuri kasihan melihatkan keadaan pengembara miskin ini lalu mempelawa dia tinggal di rumahnya beberapa hari dengan izin ibu bapanya. Deramang menerima pelawaan itu serta mengucapkan terima kasih kepadanya.



   Sebagai seorang celik huruf, Deramang gemar dan ahli membaca hikayat dan syair. Pandak Mayah selalu meminta Deramang membacakan hikayat dan syair pada waktu malam di rumahnya. Pada setiap malam Deramang akan bersyair dan bercerita. Orang-orang yang tinggal berdekatan di situ datang ke rumah Mahsuri mendengar syair dan cerita Deramang.
Acara ini telah menjadikan rumah Pandak Mayah sebagai tempat tumpuan ramai. Mahsuri juga seorang peminat setia Deramang.

   Beberapa bulan kemudian Mahsuri pun melahirkan anaknya yang pertama seorang lelaki, dan telah diberi nama Mat Arus. Disebabkan usianya yang baru lahir maka tidak banyak yang diceritakan tentang anak lelaki Mahsuri ini.

   Oleh sebab baik budi dan ramah mesra Deramang dan Mahsuri, lebih ramai orang datang ke rumah Mahsuri dan sedikit sahaja datang ke rumah Dato' Seri Kerma Jaya. Kemahsyuran  Mahsuri semakin melonjak kerana namanya  sentiasa meniti di bibir mulut setiap orang.

   Mahura isteri Dato' Kerma Jaya berasa cemburu dan iri hati kepada Mahsuri kerana namanya terkenal. Dia sentiasa terkenangkan niat suaminya tempoh hari hendak memperisterikan Mahsuri yang mana hal tersebut telah menimbulkan perselisihan di antara dia, dengan suaminya itu maka dia pun mengambil keputusan untuk membuat fitnah terhadap Mahsuri.


                                        1  2  3                              Sambungan >>


Legenda Langkawi : Hikayat Sumpahan Mahsuri

Halaman 1


   Langkawi adalah sebuah pulau yang unik kerana terlalu banyak lagenda dan mitos-mitos wujud pada zaman dahulu kala. Sebagai penduduk di Langkawi, saya turut menjadi teruja mendengar segala kisah-kisah yang kononnya pernah berlaku di sini. 

   Namun terlalu banyak versi dan andaian-andaian yang mana juga telah ditokok tambah kini. Demikian juga halnya dengan hikayat Mahsuri yang mempunyai tidak kurang daripada 14 versi yang dihasilkan oleh beberapa tokoh di negara ini. Bagaimanapun saya lebih suka mendengar versi yang diceritakan oleh orang tua-tua di Langkawi.


Bermulalah Kisah Mahsuri

::KELAHIRAN MAHSURI::

   Kira-kira dua abad dahulu, ada sebuah kampung ni yang terletak kat Mukim Ulu Melaka tinggal 1 family tiga beranak. Si bapa bernama Pandak Mayah, si isterinya Mek Andak Alang dan bersama seorang anak bernama Mek Yah. Keluarga miskin ini mencari sumber rezeki diorang dengan cara pertanian. 

 
Rumah Kedah ini telah dibina semula dan dipercayai ia dibina di atas bekas tapak rumah keluarga Pandak Mayah

   Nasib keluarga ini mula berubah selepas Pandak Mayah mencari kerbaunya yang hilang. Tengok-tengok hujan lebat la pulak, so dia pun singgah  la sekejap dekat pondok lama yang ada kat situ. Masa dalam pondok tu tetiba dia terdengar bunyi tangisan bayi. Dia memandang ke seluruh tempat di dalam pondok itu hendak mencari di manakah kanak-kanak itu tetapi tidak ada tanda-tanda manusia di mana-mana pun. Satu benda luar biasa yang dilihatnya di dalam pondok itu hanyalah sekeping kerak nasi di atas lantai pondok tersebut. Diambilnya sedikit kerak nasi itu kerana hendak diperiksanya. Dia berasa takjub kerana dengan serta-merta tangisan kanak-kanak itu pun berhenti. 

   Dalam masyarakat Melayu petani, padi adalah simbol kemakmuran dan punca rezeki yang perlu dihormati. Isterinya memberitahu bahawa mengikut kepercayaan orang tua-tua tangisan bayi seperti itu ialah tangisan 'semangat buah padi'. Sejak hari itu, Mak Andak Alang selalu mencampurkan kerak nasi itu dengan nasi yang ditanak. Kehidupan keluarga Pandak Mayah semakin berubah semenjak mereka makan nasi yang bercampur dengan kerak nasi itu. Rezekinya mula bertambah dan seterusnya isterinya hamil lagi.


  Rezeki Pandak Mayah tak berhenti-henti melimpah selepas menjumpai sarang burung layang-layang di gua, di Belanga Pecah. Dia telah menjual sarang-sarang burung tersebut kepada taukeh Cina di Pengkalan (Padang Mat Sirat) untuk pasaran Pulau Pinang. Sarang burung layang-layang menjadikan keluarga Pandak Maya kaya. Bagaimanapun apabila kawan-kawan dia mintak untuk tunjukkan tempat sarang burung tersebut, terus dah tak jumpa. Kemungkinan tempat tersebut hanya boleh dilihat oleh Pandak Mayah seorang sahaja kerana itu dalah hak rezekinya. Apatah lagi kegiatan persendirian Pandak Maya semakin meningkat penghasilannya. Ternakan dan tanaman semakin menjadi dan pengeluaran bertambah banyak. Namanya menjadi terkenal bukan sahaja di kampungnya dan di dalam Mukim tempat dia tinggal tetapi juga di seluruh Pulau Langkawi itu.

   Cerita tentang tuah anak yang dikandung isterinya bertambah hebat apabila suatu malam , Pandak Mayah terdengar suara ular itek (ular cinta Mani) berdekatan rumahnya. Pandak Mayah berjaya menangkap dua ekor lalu dimasak untuk hidangan keluarga. Mengikut kepercayaan orang tua-tua dahulu, siapa yang memakan daging ular itek ini akan beroleh rezeki yang melimpah. Jelaslah dari cerita di sekitar kehamilan Mak Andak Alang, keluarganya sudah berlimpah rezeki. Ini suatu petanda bayi bakal lahir membawa tuah. 

   Apabila tiba masanya, Mak Andak Alang pun melahirkan bayi perempuan yang comel, dan dinamakan Mahsuri. Apabila Mahsuri berumur seminggu, Pandak Mayah bermimpi bahawa dia hendaklah membawa anak kecilnya itu mandi di sebuah kolam yang tak jauh dari rumahnya. Dia pun menunaikan kehendak mimpinya itu. Lepas mandi kanak-kanak itu pun dibawa pulang. Kehidupan Pandak Mayah sekeluarga semakin kaya raya apabila Pandak Mayah menjumpai batu kemian (kemenyan) yang mana pada masa itu harganya tinggi dan kemudiannya dia mengutip lebih banyak batu meian tersebut untuk dijual kepada taukeh Cina di Padang Mat Sirat serta Pulau Pinang.

                                              1  2  3                                Sambungan >>






Friday, March 11, 2011

Gempa 8.8 skala Ritcher Tsunami Melanda Lagi 11 Mac 2011


JEPUN: Negara ini dilanda gempa bumi kuat berukuran 8.8 pada skala Richter yang menggegar pantai timur negara itu.
Akibatnya, satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan, kata laporan Malaysiakini yang memetik Reuters.
Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.
Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter.




video

Thursday, March 3, 2011

Bahana Facebook!!!

Pada yang belum tahu lagi, entri ni adalah sambungan kepada entri lepas yang bertajuk Facebook Mengagumkan!!! <= klik la bagi yang belum baca.

Erm seperti yang kita tahu semua, acapkali kite nampak berita-berita yang menarik terpampang di muka akhbar ataupun info-info yang menerujakan  menghiasi di ruangan internet.

Oleh itu dengan senang hati suka lah saya hiaskan sedikit entri saya kali ini dengan berita-berita, dan info-info yang mungkin di kalangan kita masih lagi terlepas pandang ataupun yang belum berkesempatan untuk jumpa semua ni.


                                                                                            


Gambar 1 (klik gambar utk besarkan)

Bahana Facebook - Dah elok-elok ada suami, pergi cari ex tu balik. Erm berjejak-jejak kasih pulak die eh. Kalau muda tu boleh la jugak diterima, ini dah 30 kot. macam mana nak hidup ni, jiwa tak cukup kental lagi tu.

                                                                                            


Gambar 2

Bahana Facebook - Takde pasal pergi cari pasal. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana dah dengan remaja sekarang. Pantang 'diusik' mula lah nak melenting.

                                                                                            


Gambar 3


Bahana Facebook - Ingatkan remaja atau kanak-kanak je yang tak matang, rupanya yang dah berkahwin, yang sudah dewasa pun masih belum cukup akal lagi untuk bezakan mana satu kaca mana satu berlian. Sampai bilakah perkara ini akan terus berlaku?


                                                                                            

Gambar 4

Bahana Facebook - Wadde?? Based on tudung yang dia pakai tu dah sah-sah dia ni pekerja TM. Customer tercangak kat depan tu, dia sempat lagi main komen-komen dekat fb..adess parah bebenor dah rakyat dunia sekarang ni..

                                                                                            


Gambar 5


Bahana Facebook - Deyyumm!! Aduss loya tekak bila baca 'rayuan gadis manja' sambil perhatikan gambar beliau. Moga-moga semua kenalan saya kat fb jujur-jujur belaka. Saya turut bersimpati (sambil gelak goleng2) pada mangsa-mangsa yang sudah termakan pujuk rayu dan  ayat-ayat cinta si dia.. 


                                                                                            


Gambar 6


Bahana Facebook - Hahaha yang ni memang 'cannot go ar'.. Tapi hakikatnya zaman sekarang macam ni la. Kalau dulu pagi petang asyik berkebun cari duit makan anak bini. Tapi sekarang, sibuk berkebun kat Farmville buang duit elektrik, anak bini terbengkalai.


                                                                                            


Secara pandangan kasarnya, kita dapat melihat masih ramai lagi masyrakat kita yang menyalahgunakan facebook. Pada asalnya facebook dicipta bertujuan untu memudahkan kita semua bersosial dengan masyarakat sekeliling serta menambah kenalan dari serata dunia tetapi sebaliknya yang terjadi.

 Sampai bilakah semua ini akan berakhir? Adakah selepas facebook akan wujud lagi laman sosial yang lain..yang mana turut akan mengulangi hal yang sama seperti ini.?? Masih belum mampu lagi untuk kita rungkaikan persoalan ini..



Tunggu sambungan entri saya dalam 
Bahana Facebook 2!!!


Lagi Menarik : Facebook Mengagumkan!!!<=klik sini
                        - Budak 13 tahun cipta laman sosial mirip 
                          Facebook!!<=klik sini

Facebook Mengagumkan!!!

Wow!! Facebook sangat mengagumkan kerana laman sosial ini dicipta oleh Mark Zuckerberg iaitu seorang pelajar Universiti Harvard yang baru meniti usia remajanya (24tahun ketika itu). Pada tahun 2008, beliau telah tersenerai sebagai individu ke-321 terkaya di Amerika daripada 400 yang lain.

Beliau juga telah dicalonkan sebagai Person's of the Year 2010 dalam majalah TIME (ranking ke-10 dunia) membuatkan beliau sebaris dengan nama-nama besar seperti Barrack Obama, Glenn Beck dan lain-lain. Mengagumkan bukan..?? Hanya mengambil masa 2-3 tahun sahaja untuk tersenarai dalam ranking dunia.

   

                    (klik gambar untuk besarkan)
                                                                                            

OOPPSSS..!!!

Sebenarnya yang hendak saya sampaikan di sini bukannya kisah tentang pencipta Facebook atau kehebatan Facebook...erm ataupun keistimewaan Facebook. Tapi suka lah saya berkongsi pandangan saya terhadap Keburukan Facebook Masa Kini. Walaupun laman-laman sosial yang lain turut mempunyai keburukannya tetapi saya lebih cenderung kepada Facebook kerana ia adalah laman sosial yang paling digemari di dunia masa kini. 

Berdasarkan pemerhatian dan kajian-kajian yang saya perolehi, terlalu banyak keburukan-keburukan laman sosial ini boleh memberi implikasi yang buruk dalam kehidupan kita. Oleh itu, saya akan cuba kongsikan dengan secara ringkasnya di bawah.

                                                                                            

Gambar 1 (klik gambar untuk besarkan)

Bagi dia, facebook adalah tempat untuk bermegah-megah dengan perbuatan buruk yang dilakukannya. Di samping menggunakan perkataan yang kasar. Secara tidak langsung, dia telah membuka aibnya dan keburukannya sendiri. Apa pandangan anda tentang gambar di atas?

                                                                                            

Gambar 2 (klik gambar untuk besarkan)

Lidah terkelu, tak mampu berkata apa-apa semasa baca komen ini. Kelancangan kata-kata yang ditunjukkan menghiris seluruh golongan muslim di dunia. Apakah facebook sudah menjadi salah satu tempat untuk menghina dan mencaci sesuatu agama? Na'uzubillahi minzalik.

                                                                                            

Gambar 3 (klik gambar untuk besarkan)

Gambar 4 (klik gambar untuk besarkan)

Facebook juga sudah menjadi landasan mereka untuk mencipta satu kumpulan atau group yang membolehkan mereka menghina, mngejek  dan mencaci  terhadap negara-negara lain. Sejak wujudnya facebook, perkara sebegini semakin kerap kita jumpa berlaku. Fikir-fikirkanlah...

                                                                                            

Setiap perkara ada baik dan buruknya. Sama juga seperti Facebook, banyak kebaikan-kebaikan dan faedah yang boleh kita perolehi apabila menggunakannya. Namun, bagi saya facebook lebih banyak membawa keburukan kepada diri, masyarakat, agama dan juga negara. Ada apa-apa pandangan, sila ke ruang komen dan utarakan hujah anda yang bernas itu. We share it together..

Tunggu sambungan entri saya dalam 
Bahana Facebook!!!. << klik sini


                        Korang Tahu Tak - Edisi ke 2