Total Pageviews

Tuesday, May 3, 2011

Konspirasi Dunia : Tsunami Jepun Sebenarnya Disebabkan oleh (HAARP)

Seperti yang kita tahu pada 11 Mac lalu satu bencana alam yang buruk telah berlaku di negara Jepun. Peristiwa yang bermula dengan gempa bumi sekali gus mencetuskan gelombang tsunami yang sangat besar. 


Ya memang sebelum ini seringkali kita dengar Jepun pernah dilanda bencana beberapa kali seperti ini. Maka dengan itu pada awalnya seluruh dunia beranggapan bahawa bencana alam tersebut berlaku adalah disebabkan faktor-faktor semula jadi sama seperti yang lepas-lepas.

Tapi tahukah anda ada pihak yang bijak mengambil kesempatan ini untuk mengaburi mata dunia? Sehinggakan pada mulanya tiada siapa yang sedar bahawa itu hanyalah serangan tersembunyi dari pihak mereka. 

JEPUN DISERANG???

Sebenarnya gempa bumi yang berlaku di Jepun bukanlah disebabkan faktor semula jadi tetapi ianya disebabkan oleh HAARP. Serangan yang hampir-hampir 'menutup' mata dunia. 

High-frequency Active Aural Reasearch Program (HAARP) adalah satu jenis senjata rahsia yang dibangunkan oleh pihak-pihak yang tertentu. Saintifik membuktikan bahawa HAARP  mempunyai kemampuan untuk menukar atau mengubah cuaca sekaligus berpotensi untuk mencetuskan banjir, gempa bumi, kemarau serta angin taufan. 
<anda boleh cari maklumat selanjutnya mengenai HAARP di google>



Keadaan langit akan berubah dan menjadi aneh apabila HAARP dilancarkan ke ruang udara. Serta memberikan kesan yang buruk terhadap cuaca di tempat yang dilancarkan.


Persoalannya kini siapakah dalang di sebalik serangan halus ini? Ini adalah salah satu muslihat peperangan yang paling kotor pernah berlaku. Anda mungkin dapat mengagak angkara siapa si durjana yang membuat onar ini. Negara yang sentiasa mencabuli polisinya sendiri, berlagak sebagai hero untuk membantu negara-negara yang sedang mengalami konflik di dalam negara mereka. 

 Oh mungkin saya ada tertinggal seperkara lagi di sini iaitu fungsi HAARP dilancarkan. Ia sudah semestinya dilancarkan oleh negara yang berkuasa dengan tujuan untuk memberi tekanan kepada pihak musuh dari segala sudut. Contohnya, kesihatan, ekonomi, pembangunan serta politik. Hal-hal yang demikian dapat melumpuhkan sesebuah negara dalam masa yang singkat.

Tapi adakah mereka sebenarnya yang menjadi dalang kepada serangan terhadap Jepun ini? Mungkin ya dan mungkin tidak sama sekali. Di sini akan saya selitkan sedikit maklumat yang saya perolehi dari satu artikel di internet.

WEAPONS OF THE NEW WORLD ORDER

HAARP is part of the weapons arsenal of the New World Order under the Strategic Defense Initiative (SDI). From military command points in the US, entire national economies could potentially be destabilized through climatic manipulations. More importantly, the latter can be implemented without the knowledge of the enemy, at minimal cost and without engaging military personnel and equipment as in a conventional war. The use of HAARP-if it were to be applied-could have potentially devastating impacts on the World's climate.


TUMPUKAN pada tulisan yang berwarna merah. New World Order?? (natang bondonyo tu..pokcik tak tawu lah)

Saya tidak akan membuat apa-apa ulasan mengenai apa itu 'New World Order (NWO)'. Tetapi saya ingin kita sama-sama mencari maksud di sebalik NWO ini. Yang pastinya ia bukan lah suatu benda yang remeh untuk kita ambil mudah perkara ini.  Apa yang dimaksudkan dengan konspirasi dunia seperti tajuk di atas?

Kisahnya ada di sebalik link ini. Klik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai konspirasi NWO.




Hasil coretan sepenuhnya oleh Scha Putra.


9 comments:

  1. NEW WORLD ORDER...... setelah ily bce wiki berkenaan dgn entry yg scha wat ni....NWO ini adalah.....yang pernah dicipta oleh AMERIKA...fungsi nyer sebagai....untuk menjatuh kan sesebuah negara atau musuh negara tersebut dari segi plitik,kesihatan,ekonomi...dan mcm2 lagi la...ape nak jadi dengan dunia sekarang ni...MASAYAALLAH..!!

    ReplyDelete
  2. *shocked

    tak sangka rupanya cam ni...

    ReplyDelete
  3. wah....1st time aku baca pasal benda nih...thanks 4 sharing

    ReplyDelete
  4. perghhh.kalau dah new world order ni tak lain tak bukan...........hurmmmmm..xde kerja diorg ni.

    ReplyDelete
  5. mnarik n mnakutkan.. hopefully everything will be allright..
    n tengs 4 ur in4mation..

    ReplyDelete
  6. new world order tulah agenda Dajjal laknatullah! xcaye cer kaji lagi mendalam lagi pasal ni, ni semua konspirasi org yahudi/barat utk porak porandakan dunia! masyaallah..kiamat sudah dekat..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum

    terima kasih atas maklumat ni.suka blog ni.bagi informasi yg terkini

    ReplyDelete