Total Pageviews

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul: Biodata Rasulullah Nabi Junjungan!

Pepatah Melayu ada cakap “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”.
Camtulah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu takkan sambut kelahiran Rasulullah SAW law xde perasaan cinta terhadap baginda. Ada plak sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah macam xde pape keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.

Yang buat aku lagi sedih, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ‘ St. Valentino ‘ daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih ingat biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Ape dah jadi??? Kita selalu berbangga mengaku sebagai umat Islam yg peracaya pada Rasul. 
Bagaimana korang leh percayakan Rasul kalau segala tentang diri baginda pon korang xtawu..
Camni ke kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT?

Aku ade gak sound2 blogger lain daripada asyik buat entri pasal 'Hari Kekasih' tu kan lebih bermanfaat kita kongsi sama2 pasal maulidur rasul ni..sebab dh jadi kebiasaan masyarakat kite, apa2 keburukan semuanya nampak tapi kebaikan depan mata tak dipedulikan..

So hadirnye aku kali ni sebab aku rasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita semua umat islam ni (yg islam pada nama je tu bawak2la bertaubat) lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.




BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun   
  Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah   
  (SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya 
  bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN 
(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam’ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1.. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
3. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
4. ‘ Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza



BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ‘ bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Kat sini aku selitkan sekali tentang apa yg pernah disabdakan oleh Rasulullah saw kite...

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.”
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


Salam Ukhuwah Dan Maulidur Rasul Kepada Semua Umat Islam Dari Scha Putra

14 comments:

  1. panjang lebar tapi sangat berilmu pengisiannya =)

    ReplyDelete
  2. Saya amat menghargai usaha saudara menyampaikan ilmu tentang Rasulullah SAW. Manusia yang paling kita sanjungi. Namun, jika kita kaji balik sejarah itu sendiri dan mengkaji Al-Quran dan As-Sunnah, amalan menyambut Maulidur Rasul jelas sekali tidak ada dalam amalan Rasulullah, para sahabat ataupun imam muktabar seperti Imam Syafi'e itu sendiri. Tanpa syak umat Islam berbangga dengan kedatangan Nabi s.a.w. Kelahiran yang membawa kebahagiaan dan rahmat kepada dunia sejagat. Cumanya, dalam proses mengelakkan persamaan di peringkat itu mereka tidak mengadakan sebarang perayaan khas. Bukan bererti mereka tidak menghargai. Sebaliknya generasi Salafussoleh merupakan zaman yang paling menghormati, mengikuti dan menghargai Nabi s.a.w. Mereka terjemahkan itu semua dalam tindakan dan perbuatan mereka. Mereka mengamalkan sunnah baginda dan menegakkan prinsip-prinsip kebenaran yang ditegakkan oleh baginda. Hakikatnya, mereka merayakan pengutusan Nabi s.a.w sebagai rasul sepanjang hayat mereka. Namun apabila muncul zaman Kerajaan Syiah Fatimiyyah di Mesir, perayaan Maulid Nabi s.a.w secara besar-besaran diadakan. Sebab itu dalam Fatawa al-Azhar diakui bahawa ahli sejarahwan Islam tidak mengetahui sesiapa pun yang memulakan perayaan Maulid Nabi s.a.w melainkan Kerajaan Syi’ah Fatimiyyah di Mesir yang mengadakannya secara besar-besaran. Mereka turut meraikan hari kelahiran tokoh-tokoh Ahlil Bait dan kelahiran Nabi Isa a.s. Dalam satu hadis, Rasulullah ada bersabda bahawa janganlah umatnya terlalu mengagung-agungkan Rasulullah seperti orang Kristian mengagungi Isa ibn Maryam (Jesus).

    ReplyDelete
  3. bagus..mnambahkn pengetahuan...

    ReplyDelete
  4. kepada mustaqim mustafa : terima kasih kerana menambah lagi pengetahuan yang belum sempat saya temui...saya mengambil pendapat anda dengan fikiran yg positif dan hati yg terbuka.

    ReplyDelete
  5. salam , nie copy google or mmg tahu ye ? hihi :) alhamdulillah . zaman da berubah . zaman globalisasi semakin maju . manusia semakin tertarik dengan seruan masyarakat barat . tp harap harap mereka yang berkenaan sempat lah membaca entry nie :) thanks sudi mencurahkan nasihat . :D

    ReplyDelete
  6. cik nana: ada yg amik info dr google..and ada yg rujuk buku..hehe biasala kite smua manusia..xlepas dari kekurangan kn?

    ReplyDelete
  7. bagusnyerrrrrrr =) pic baju melayu tu ta tahan oii :p

    ReplyDelete
  8. tahniah...pengisian yg menarik..

    ReplyDelete
  9. SALAM....
    kita nak copy part biodata tu boley x???
    thanks~....

    ReplyDelete
  10. sambut2 jugak, amalan rasulullah jangan x ikut pulak ..hee~

    ReplyDelete
  11. salam.. sgt bermanfaat.. cinta sy kepada rasulullah semakin menebal.. and suka sgt respons readers utk post ni.. sgt positif.. thanks for sharing.. buat buku skrap pun bagus jugak kn?? buat rujukan anak2 murid di sekolah.. biar lebih dalam cintanya pd rasulullah dan yg lainnya :)

    ReplyDelete