Halaman 1
Langkawi adalah sebuah pulau yang unik kerana terlalu banyak lagenda dan mitos-mitos wujud pada zaman dahulu kala. Sebagai penduduk di Langkawi, saya turut menjadi teruja mendengar segala kisah-kisah yang kononnya pernah berlaku di sini.
Namun terlalu banyak versi dan andaian-andaian yang mana juga telah ditokok tambah kini. Demikian juga halnya dengan hikayat Mahsuri yang mempunyai tidak kurang daripada 14 versi yang dihasilkan oleh beberapa tokoh di negara ini. Bagaimanapun saya lebih suka mendengar versi yang diceritakan oleh orang tua-tua di Langkawi.
Bermulalah Kisah Mahsuri
::KELAHIRAN MAHSURI::
Kira-kira dua abad dahulu, ada sebuah kampung ni yang terletak kat Mukim Ulu Melaka tinggal 1 family tiga beranak. Si bapa bernama Pandak Mayah, si isterinya Mek Andak Alang dan bersama seorang anak bernama Mek Yah. Keluarga miskin ini mencari sumber rezeki diorang dengan cara pertanian.
Rumah Kedah ini telah dibina semula dan dipercayai ia dibina di atas bekas tapak rumah keluarga Pandak Mayah
Nasib keluarga ini mula berubah selepas Pandak Mayah mencari kerbaunya yang hilang. Tengok-tengok hujan lebat la pulak, so dia pun singgah la sekejap dekat pondok lama yang ada kat situ. Masa dalam pondok tu tetiba dia terdengar bunyi tangisan bayi. Dia memandang ke seluruh tempat di dalam pondok itu hendak mencari di manakah kanak-kanak itu tetapi tidak ada tanda-tanda manusia di mana-mana pun. Satu benda luar biasa yang dilihatnya di dalam pondok itu hanyalah sekeping kerak nasi di atas lantai pondok tersebut. Diambilnya sedikit kerak nasi itu kerana hendak diperiksanya. Dia berasa takjub kerana dengan serta-merta tangisan kanak-kanak itu pun berhenti.
Dalam masyarakat Melayu petani, padi adalah simbol kemakmuran dan punca rezeki yang perlu dihormati. Isterinya memberitahu bahawa mengikut kepercayaan orang tua-tua tangisan bayi seperti itu ialah tangisan 'semangat buah padi'. Sejak hari itu, Mak Andak Alang selalu mencampurkan kerak nasi itu dengan nasi yang ditanak. Kehidupan keluarga Pandak Mayah semakin berubah semenjak mereka makan nasi yang bercampur dengan kerak nasi itu. Rezekinya mula bertambah dan seterusnya isterinya hamil lagi.
Rezeki Pandak Mayah tak berhenti-henti melimpah selepas menjumpai sarang burung layang-layang di gua, di Belanga Pecah. Dia telah menjual sarang-sarang burung tersebut kepada taukeh Cina di Pengkalan (Padang Mat Sirat) untuk pasaran Pulau Pinang. Sarang burung layang-layang menjadikan keluarga Pandak Maya kaya. Bagaimanapun apabila kawan-kawan dia mintak untuk tunjukkan tempat sarang burung tersebut, terus dah tak jumpa. Kemungkinan tempat tersebut hanya boleh dilihat oleh Pandak Mayah seorang sahaja kerana itu dalah hak rezekinya. Apatah lagi kegiatan persendirian Pandak Maya semakin meningkat penghasilannya. Ternakan dan tanaman semakin menjadi dan pengeluaran bertambah banyak. Namanya menjadi terkenal bukan sahaja di kampungnya dan di dalam Mukim tempat dia tinggal tetapi juga di seluruh Pulau Langkawi itu.
Cerita tentang tuah anak yang dikandung isterinya bertambah hebat apabila suatu malam , Pandak Mayah terdengar suara ular itek (ular cinta Mani) berdekatan rumahnya. Pandak Mayah berjaya menangkap dua ekor lalu dimasak untuk hidangan keluarga. Mengikut kepercayaan orang tua-tua dahulu, siapa yang memakan daging ular itek ini akan beroleh rezeki yang melimpah. Jelaslah dari cerita di sekitar kehamilan Mak Andak Alang, keluarganya sudah berlimpah rezeki. Ini suatu petanda bayi bakal lahir membawa tuah.
Apabila tiba masanya, Mak Andak Alang pun melahirkan bayi perempuan yang comel, dan dinamakan Mahsuri. Apabila Mahsuri berumur seminggu, Pandak Mayah bermimpi bahawa dia hendaklah membawa anak kecilnya itu mandi di sebuah kolam yang tak jauh dari rumahnya. Dia pun menunaikan kehendak mimpinya itu. Lepas mandi kanak-kanak itu pun dibawa pulang. Kehidupan Pandak Mayah sekeluarga semakin kaya raya apabila Pandak Mayah menjumpai batu kemian (kemenyan) yang mana pada masa itu harganya tinggi dan kemudiannya dia mengutip lebih banyak batu meian tersebut untuk dijual kepada taukeh Cina di Padang Mat Sirat serta Pulau Pinang.
wah,, kisah hikayat yg mnarik!
ReplyDeleteade sambungannye lagi
ReplyDeletebest r citer nie..aku suka sejarah............
ReplyDelete=.=''
ReplyDeleteko org langkawi ke????btw...i follow...
ReplyDelete