Total Pageviews

Friday, April 29, 2011

Bila Kepercayaan Dihancurkan..Kecewa Tak??

Assalamualaikum dan salam sejahtera la saya ucapkan. Ok this time i would love to talk about KEPERCAYAAN. Ape yang dimaksudkan dengan kepercayaan ni? Antara maksud-maksud yang dipetik daripada kamus dewan ialah :

  • sesuatu yang dipercayai (diyakini, diterima sbg benar dll)
  • keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) org
  • boleh dipercayai, amanah (jujur dll)
  • orang yang dipercayai (diamanahkan sesuatu)

Berbalik pada tajuk kat atas tu, korang pernah rasa kecewa tak bile someone yang korang trust tu hancurkan kepercayaan yg korang beri. Ade ke orang seronok bile jadi camtu, ade..sape kata takde.. orang tak siuman je yg seronok. HAHA

Di mana timbulnya kepercayaan ni..semuanye bermula dengan sebuah perkenalan. Kalau tak kenal camne kita boleh percayakan die ye tak. Daripada perkenalan diteruskan dengan suatu perhubungan..selanjutnye perkongsian. Kita akan mula mempercayai seseorang tu bila kita mula berkongsi ape sahaja tentang diri kita. Dan bile sesuatu hubungan tu jadi bertambah erat, bertambah rapat maka secara tak langsung tahap kepercayaan kite terhadap seseorang tu pun akan meningkat. 

Situasi ini selalu terjadi dalam hubungan sepasang kekasih. Siapa yang tak percayakan pada kekasih sendiri? Malah ada gak letakkan kepercayaan yang terlalu tinggi pada kekasih masing-masing. Keyakinan yang buat kita percaya kat die sebab  kat mata kita, dia lah yang paling jujur dalam hidup kita.  Tapi apa yg korang rasa bila kepercayaan tu dihancurkan dengan mudah sekali? Mungkin korang diduakan, cinta korang dikhianati, mulut manis hati penuh duri..

Dalam persahabatan pun kena ada kepercayaan jugak. Bila hubungan persahabatan dah semakin erat, semakin banyak hal-hal dan cerita yang dikongsi bersama,  dengan secara tak langsungnya tahap kepercayaan kita kepada sahabat semakin tinggi. Sehinggakan ada yang sanggup berkongsi segala rahsia hidup mereka kepada sahabat masing-masing. Tapi apa yang korang rasa bila sahabat korang tu sendiri musnahkan segala kepercayaan yg korang dah bg sepenuhnya tu? Baik di depan mengumpat di belakang, segala rahsia kite diceritakan kepada orang lain, menganiaya kita dengan tingkah laku pura-puranya. 

Korang pernah tak rasa salah satu kat atas ni? Mungkin ada dan mungkin belum pernah rasa. Tapi saya bercakap semua ni melalui pengalaman sendiri. Apa yang saya mampu luahkan cuma perasaan kecewa yang teramat, dengan hati yg hancur. Saya akui amat susah untuk pulihkan semula rasa yg dah dialami setelah KEPERCAYAAN kita dihancurkan. 

TAPI adakah ni bermaksud kita dah tak perlu nak mempercayai sesiapa lagi?? Sebenarnya tiada istilah 'SERIK' dalam kepercayaan. Perlu ke kita serik untuk percayakan orang lain? TAK PERLU SAMA SEKALI!! Sebab setiap manusia itu ada sifat-sifatnya yg sendiri. Ramai yg bila dah dikhianati akan cakap macamni :

'Ahh..manusia semuanya sama je, semua takleh diharap. Langsung tak boleh percaya'

'Aku dah serik dah nak percaya2 orang ni, semua kaki temberang'

Manusia2 yg cakap camni belom kenal erti hidup lagi. Kalau semuanya buruk, dia sorang je ke yg baik?? Ada kepala jangan fikir macam orang baru keluar hutan. Orang peribumi pun dah maju sekarang ni. Kalau kita tak percayakan sesiapa, dengan siapa lagi kita nak bergantung dalam hidup. Betul la seperti kata orang bijak pandai 'kita akan terseksa kerana ditipu jika terlalu mempercayai seseorang tetapi hidup lebih terseksa jika tidak cukup mempercayai sesiapa' 

Mana yang buruk kita jadikan sempadan, mana yang elok tu kita ambillah jadikan teladan. Kesimpulannya kat sini, KEPERCAYAAN ni adalah teras utama dalam kehidupan setiap manusia. bukan setakat percaya kepada manusia sekeliling kita saje.. bagi yg muslim, yg beragama Islam tu wajib berpegang la pada setiap satu di dalam Rukun Iman. Tawu ke apa yg ada dalam rukun iman tu? Di sinilah dimana sepatutnya kepercayaan itu bermula............

PERCAYA KEPADA ALLAH
PERCAYA KEPADA NABI DAN RASUL
PERCAYA KEPADA MALAIKAT
PERCAYA KEPADA KITAB
PERCAYA KEPADA HARI KIAMAT
PERCAYA KEPADA QADA' DAN QADAR



9 comments:

  1. err... after ni ily arap scha pilih kekasih hati yg betul betul yg seorang perempuan yg jujur dan bukan kaki menipu laa...bahaya gak lau dapat kenal ngn org yg mcm nie...so kene la ber hati hati ketika kita sedang mengenali seseorang dalam kehidupan kita :)

    ReplyDelete
  2. gud entry...kepercayaan mang amat PENTING...:))

    ReplyDelete
  3. wow
    suka entry nih
    yups
    sangat serik dalam mempercayai insan cuma kena bijak memilih insan untuk dipercayai

    ReplyDelete
  4. wahh.. nice entry..
    apa2 pown.. setiap owg akan mengalami semua 2..
    so.. kita kne la tabah n sabar menghadapi semua 2.. wink2*..

    ReplyDelete
  5. apabila berkate sentiase jujur,secare automatik orang kepercayaan akan kukuh.
    So, kena la jujur sentiase :))
    tapi jangan la nak rosakkan kepercayaan orang pada kiter :)

    ReplyDelete
  6. ayat akhir paling best... BTW, kepercayaan ni bersifat subjektif

    ReplyDelete
  7. pndi scha uat artikel nih...i loike (!!!)

    ReplyDelete